Menilai pemimpin beradat, beradab dan mulia hati | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 16 April 2021

Menilai pemimpin beradat, beradab dan mulia hati

 

PEMIMPIN beradat mempengaruhi kuasa kepimpinan dalam melaksanakan pengaruh kepimpinan kepada matlamat, perhubungan dan hasil’. 

 

Pengurusan kepimpinan menjadikan perilaku memimpin itu satu penyataan yang perlu ada kefahaman jelas mengenai cara pelaksanaan pengurusan kepimpinan dan adat kepimpinan.

 

Kepimpinan menyatakan kebolehan individu dan perilaku tepat dalam mempengaruhi individu lain untuk mencapai matlamat atau objektif.

 

Apakah individu yang dinyatakan sebagai pemimpin itu mempunyai keupayaan atau kekuatan di dalam menyakinkan individu lain bahawa kemahiran diri sendiri boleh dijadikan sebagai kebolehan peribadi bagi membantu mencapai matlamat yang telah dipersetujui bersama.

 

Harus difahami bahawa kepimpinan mempunyai penyataan konsep dan mempunyai huraian maksud perlu difahami dengan lebih terperinci. 

 

Konsep utama di dalam nilai kepimpinan adalah menggariskan etika kepada:

  • Proses kepimpinan bersih, cekap dan pelaksanan yang amanah
  • Proses kepimpinan mempunyai etika mempengaruhi, persoalan akan timbul adakah etika mempengaruhi individu yang lain itu mempunyai pelaksanaan mempengaruhi dengan nilai etika yang bersih dan amanah?
  • Nilai kepimpinan terbentuk dalam huraian berkumpulan.
  • Nilai kepimpinan mempengaruhi hasil pencapaian matlamat, tercapai atau tidak

 

 

merapu

Maksud kepimpinan dan syarat pelaksanaan etika sebagai seorang pemimpin tidak pernah berubah, perkataan pemimpin itu tidak mempunyai maksud yang berubah dan tidak ada evolusi kepada pernyataan maksud.

 

Maka cara kepimpinan itu adalah berdasarkan pemimpin yang mempunyai huraian jelas kepada apakah keupayaan dan kekuatan individu tersebut dalam mempengaruhi persekitaran ke arah pembentukan lebih terbaik.

 

Pemimpin harus mencari dan memastikan adakah pembentukan peribadi diri sendiri itu sebagai bahan utama dalam menyatakan diri itu pemimpin untuk rela membentukkan perubahan dan faham maksud etika demokrasi.

 

Perlakuan utama perlu dipastikan di dalam perlakuan diri dan dilaksanakan berkesan dengan sentiasa jawap pertanyaan, sentiasa perlu ada perubahan dan pelaksanaan.

 

Soalan tersebut adalah:

  1. Adakah saya seorang yang beradat
  2. Adakah saya faham maksud beradat
  3. Adakah saya berilmu dan saya mempunyai ilmu mengenai apa?
  4. Adakah saya mempunyai usaha mencari dan memperbaiki ilmu?
  5.  Adakah saya mempunyai kemahiran?
  6. Apakah jenis kemahiran yang saya ada?
  7. Adakah saya faham maksud bakat?
  8. Apakah jenis bakat yang ada di dalam diri saya?
  9. Adakah saya peniru dan bukan laksanakan nilai bakat saya sendiri?
  10. Adakah saya jujur terhadap diri sendiri?
  11. Adakah saya amanah terhadap diri sendiri?
  12. Adakah saya faham maksud tanggungjawab ?
  13. Adakah saya melaksanakan tanggungjawab dengan jujur, amanah dan cekap?

 

Tiga belas soalan ini merupakan jenis-jenis soalan utama harus ditanya dan dijawab oleh diri sendiri. Sekiranya 13 soalan ini dapat dijawab dengan jujur dan amanah, justeru dapat keputusan semua persoalan itu telah dan sentiasa dilaksanakan, ditunaikan, diusahakan tanpa berhenti.

 

Pelaksanaan tersebut dapat menyatakan bahawa diri individu tersebut mempunyai nilai pemimpin yang harus dilaksanakan dengan tepat menyatakan perhubungan, pembentukan dan pelaksanaan kepada proses kepimpinan dan pengaruh kepimpinan kepada individu dan situasi semasa.

 

klia

 

Bagaimanakah pengaruh kepimpinan, perhubungan, pembentukan dan pelaksanaan proses kepimpinan tersebut tidak terjawab?

 

Atau pemilihan individu sebagai seorang pemimpin adalah hasil daripada keperluan semasa dalam melaksanakan tanggungjawab. Tanggungjawab yang dimaksudkan ialah orang persekitaran tidak mahu bertanggungjawab dengan apa pun jenis keputusan, orang persekitaran malas berfikir untuk dapatkan maklumat terperinci, orang persekitaran mahu memilih ketua yang sporting dan tidak cerewet dalam membuat sebarang keputusan, mahu individu yang boleh dirancang dan dijadikan ‘orang bertanggungjawab’.

 

Dengan ini persoalan seterusnya bakal timbul dimana pemimpin dipilih hanya kerana keperluan, dan tiada persoalan berikut dinyatakan dan tiada jawapan untuk persoalan ini sebagai panduan, kerana pemimpin dipilih hanya kerana keperluan. 

 

  1. Adakah pemimpin ini berilmu?
  2. Adakah pemimpin ini beradat?
  3. Adakah pemimpin ini berbakat?
  4. Adakah pemimpin ini peniru?
  5. Adakah pemimpin ini faham nilai bakat sendiri?
  6. Adakah pemimpin ini faham kesan pelaksanaan nilai jujur dan amanah?
  7. Adakah pemimpin ini faham kesan pengamalan nilai bertanggungjawab?

 

Kepincangan kuasa pemimpin sebagai tempat kuasa merujuk, kepakaran, kuasa mengesahkan sesuatu perlakuan dan sesuatu kejadian, kuasa pemberi ganjaran, pemberi maklumat yang betul, situasi ini menjadi konsep kuasa yang tidak difahami dan bakal menjadikan nilai keputusan perlu dilaksanakan namun hasil keputusan tidak tepat, keputusan merosakkan peribadi individu persekitaraan dan keputusan menjadikan etika perlaksaan tidak jujur dan tidak berilmu.

 

Dengan ini dapat dirangkumkan bahawa seorang pemimpin memerlukan usaha tersendiri bagi memahami apakah nilai teori-teori kepimpinan perlu dilaksanakan dengan cara yang amat kritikal, nilai kuasa dan ciri sahsiah diri adalah komponen utama pemimpin untuk menjadikan nilai kepimpinan, pengaruh kepimpinan itu sebagai satu kemahiran pemimpin dan perlaksanaan berjalan dengan penuh patuh, jujur dan amanah.

 

Kesinambungan nilai ‘beradat’ dan kuasa daya tarikan peribadi sebagai pemimpin.

Beradat dapat didifinasikan sebagai satu nilai perlakuan berbentuk sikap, perbuatan atau tingkah laku yang baik. Beradat juga dapat dinyatakan mempunyai hubungan erat kepada nilai jujur, bersih dan amanah terhadap perlakuan diri dengan keadaan semasa. Maka jelas nilai utama iaitu ‘beradat’ itu perlu ada di dalam diri setiap individu termasuk kepada pemimpin.

 

Maksud beradat itu dapat difahami melalui huraian pepatah seperti berikut:

 

Ungkapan Imam Al-Ghazali:

‘Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati.’ 

 

Pepatah Minang oleh Alm. Idrus Hakimy Dt Rajo Panghulu:

Anak ikan dimakan ikan, gadang ditabek anak tenggiri. Ameh bukan perakpun bukan, budi saketek rang haragoi.’

 

Maksud pepatah Minang ini menyatakan nilai hubungan sesama manusia itu tidak berdasarkan kemewahan emas dan perak tetapi kepada terikatnya nilai budi yang baik.

 

Ungkapan Hamka:


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.’  

 

Penceritaan nilai beradat itu sudah jelas dan amat memberi kesan kepada pembentukan nilai peribadi pemimpin dan menjadikan kuasa daya tarikan peribadi pemimpin tersebut dapat dinilai sebagai sorang jujur, amanah dan cekap.

 

Maka perkataan ‘kurang ajar’ yang bermaksud tidak bersopan, kurang adab dan kurang beradat itu serasi digunakan bagi menyatakan nilai peribadi individu yang tidak beradat.

 

 

Triton2020

 

Pengamalan nilai diri beradat ini dapat menjadikan diri individu itu berfikir dan bertindak sebagai pemimpin  dan membangunkan kemahiran kepimpinan dan  pelaksanaan nilai pengaruh kepimpinan.

 

Sebagaimana kita ketahui seorang pemimpin ini adalah mereka berada diserta tempat, organisasi dan perseorangan. Pemimpin itu bukan saja gelaran diberikan kepada peneraju kumpulan  tetapi ianya juga bermula dari persekitaran kehidupan.

 

Dengan ini pemimpin dalam kehidupan peribadi, kumpulan, organisasi perlu memahami apa tindakan perlu dilaksanakan berserta faktor-faktor untuk memberi kejayaan atau pencapaian cemerlang kepada matlamat semasa.     

 

Ciri kepimpinan di dalam organisasi atau kumpulan ini perlu dibangunkan bagi menjadikan matlamat itu lebuh proaktif, Peningkatan kemahiran kepimpinan dari semasa ke semasa adalah di antara contoh nilai pemimpin yang cekap kepada pengembangan peribadi dan pengamalan etika baik dalam kehidupan.

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KOLEKSI DEWI

Tidak perlu berstatus bergaji untuk miliki prestasi kerja

Budaya organisasi perlukan kejujuran pengurusan dengan kakitangan

Pentingnya anda memiliki garis panduan menilai prestasi diri sendiri

Lagu sebagai instrumen komunikasi maka jangan sumbang

Kaedah menangani impak COVID-19 bagi memberi motivasi bekerja

Adakah tindakan dan amalan anda telah memahami nilai etika?

FAHAMI  RUKUN NEGARA MALAYSIA

Apa yang penting? KERJASAMA !

AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS

Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup

Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19

TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK

Golongan belia hamba kepada hutang

Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak

Pertahankan amalan berbudi bahasa

Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?

Usahawan wanita perlu peka etika berniaga

BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?

Kaum hawa semakin tidak beradab?

ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?

Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi

The benefits of knowing your own talent

Understanding `talent' in achieving goals of an organisation

Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags