Jom meriahkan Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di KLCC bermula 9 Disember | DagangNews Skip to main content

Jom meriahkan Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di KLCC bermula 9 Disember

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 30 Nov - Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang akan diadakan selama empat hari bermula bermula 9 hingga 12 Disember ini.

 

"Jom semua #KeluargaMalaysia bersama-sama kita hadir memeriahkan Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mulai 9 hingga 12 Disember ini bermula 9 pagi hingga 10 malam.

 

"Pelbagai acara menarik menanti anda semua!" kata Jabatan Perdana Menteri menerusi laman Facebook rasminya, hari ini.

 

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia akan membawakan pelbagai persembahan kebudayaan, malam aspirasi seni, pameran dan jualan usahawan, galeri pencapaian kementerian, program bantuan, padanan perniagaan serta pameran kementerian dan agensi.

 

Keluarga Malaysia ialah gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Ogos lalu.

PM

Konsep ini antara lain menyeru rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan dalam memulihkan semula negara dalam mendepani pandemik COVID-19 dan merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. - DagangNews.com