Hikayat Fandom–Art, Books & Cultural Showcase | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Dari Hikayat Kita - 26 September 2022

Hikayat Fandom – Art, Books and Cultural Showcase

Impian memperkasa Hikayat Malaysia berusia lebih 500 tahun menerusi novel grafik dan penataan  estetika seni 

 

 

 

PERJALANAN penulisan saya bertemakan Hikayat Melayu adalah satu idea yang tercetus apabila saya mengendalikan persembahan Makyung yang diketuai Allahyarhamah Khatijah Awang di Royal Lake Club pada tahun 1996.

 

Adalah menjadi cita-cita saya bahawa satu hari nanti penulisan saya pula akan diterjemahkan ke bentuk pementasan.

 

Hikayat dan legenda yang terkandung dalam Manuskrip Melayu berasal dari sastera lisan beratus tahun lamanya. Ia sememangnya khazanah bangsa yang perlu digarap, dicungkil, dimurnikan supaya dapat membantu membawa sektor kreatif kita ke arah yang lebih berlandaskan kekuatan seni kita tersendiri. 

 

Dalam usaha untuk terus memperkasa Hikayat Melayu, Hikayat Fandom Art, Books and Cultural Showcase menterjemahkan karya novel grafik dari Siri Hikayat Fandom oleh Ninot Aziz ke bentuk Pameran Seni, Persembahan Budaya dan Sesi Forum bersama Sasterawan Negara Prof Muhammad Haji Salleh.

 

Harapan saya agar acara yang julung kali diadakan ini dapat mengetengahkan semula hikayat lama serta warisan budaya kita.

 

Tujuan utama adalah untuk memupuk generasi serba berkebolehan dengan jati diri yang tinggi berlandaskan kearifan lokal, dan adalah penting untuk mengkaji ilmu warisan nenek moyang kita dan budaya kita yang tinggi nilainya.


 

Ninot Aziz

 


Disokong oleh Yayasan Hasanah, majlis pelancaran yang diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) menyaksikan kelahiran empat novel karya terbaru: Bentala Naga Kisah Dari Makyung, Lagenda Bidasari: Dari Kisah Agung Puteri Kembayat, Puteri Saadong: Srikandi Sekebun Bunga Cerang Tegayung dan Seri Gumum, Puteri Tasik Chini. 

 

Ini diharap dapat membawa dunia Melayu lebih dekat di hati generasi muda. 

 

Gergasi dan makhluk mistik

Saya bersyukur kehadrat Illahi Hikayat Fandim Art, Books & Cultural Showcase  menghimpunkan tokoh budaya terkemuka termasuk Profesor Sastrawan Negara Profesor Emeritus Dr Muhammad Hj Salleh, Maestro Tarian Tharawat Ismail Bakti, dengan persembahan istimewa oleh Primadona Makyung Fatimah Abdullah, Pakyong Negara Rosnan Rahman, Kumpulan Akar Seni Malaysia yang diketuai oleh Mohd Hazlami Harun dan Kumpulan Wayang Kulit Arjuna Sukma. 

 

Saya amat terharu kerana pengurusan tertinggi JKKN, PNM, MOE, MyCreative Ventures, CENDANA,MDEC, MTDC turut hadir bersama. Dari dunia kreatif pengarah filem Anwardi Jamil, Bade Hj Azmi, Juju Azmi serta HAsnul Hadi Samsuddin dari Playstation, Pengarah Animasi Eugene Foo dan penata wayang kulit fusion Tintoy Choy juga hadir.  


 

ninot
Dari kiri Ninot Aziz, Zainariah Johari, Profesor Sastrawan Negara Dr Muhammad Haji Salleh dan Raman Krishnan

 

 

Dalam ucapan saya, saya mengambil kesempatan mengajak semua “Gergasi dan makhluk mistik” ini memperkasa dunia seni, budaya dan kreatif berasaskan Dunia Melayu ke persada dunia, walau apa cara sekali pun. Sudah tiba masamya. 

 

Zainariah Johari, Ketua Kesenian, Kebudayaan, Ruang Awam di Yayasan Hasanah, telah menyuarakan pandangan, “Kami berbesar hati menyokong Pameran Hikayat Fandom Art, Books and Cultural Showcase melalui geran Seni untuk Semua Musim (ArtsFAS)” Sejujurnya, kerjasama sebegini boleh menjadi pemangkin untuk aktiviti ekonomi dan mendorong masyarakat seni dan budaya untuk cemerlang.” 

 

Siri Hikayat Fandom, diwujudkan demi menghubungkan semula generasi kini dengan cerita rakyat dan warisan Melayu dengan menghidupkan semula Hikayat melalui gaya moden dan kontemporari.

 

Pada masa yang sama, pelancaran buku Hikayat Fandom merupakan bukti bagaimana Hikayat, lagenda dan cerita boleh menjadi tiang seri atau paksi  untuk menyatukan industri seni secara harmoni dalam semua bentuk utamanya: seni visual, seni persembahan, muzik dan kesusasteraan. 


 

Ninot Aziz

 

Ninot Aziz

 


Negara kita sebenarnya sangat kaya dengan Hikayatnya bertindak sebagai warqah idealogi dan nilai budaya kita yang bersejarah – kekunci untuk membayangkan semula dunia  Melayu of our yang jauh ditinggalkan.  

 

Namun kini, disebabkan cerita rakyat Melayu jarang dipaparkan dalam media semasa dan kemunculan pesat media sosial dan budaya pop - minat orang ramai dalam meneroka Hikayat, legenda dan cerita telah berkurangan dengan ketara. Ini meletakkan kemandirian Hikayat kita, komponen teras identiti negara, warisan dan budaya kita, dalam risiko yang besar.

 

Prof. Said Bani, Pengarah Urusan bzBee Consult yang merealisasikan acara HIkayat Fandom yang julung kalinya ini, berkata, “Budaya berakar umbi dalam masyarakat—ia merupakan sesuatu yang dinamik, mencabar dan bebas dibentuk bangsa serta diwarnakan oleh kisah-kisah yang lampau. Dengan pelbagai usaha seperti Hikayat Fandom Art, Books & Cultural Showcase ini, kita boleh mengekalkan cerita dan legenda yang membezakan kita daripada seluruh dunia.” 

 

Hikayat Fandom Art, Books & Cultural Showcase bertujuan mempromosikan legenda, cerita dan Hikayat yang telah membentuk jiwa dan nurani kita.

 

Alhamdulillah, Bentala Naga Kisah Dari Makyung – yang  merupakan novel yang diiktiraf sebagai salah satu daripada 50 Novel Terbaik Malaysia untuk Hak Antarabangsa 2021- 2022 dan bakal dipromosikan di Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt bulan hadapan. 

 

Pameran hasil karya Ninot Aziz dan tiga pereka bentuk grafik utama: Walid Muhammad, Dani Warguide dan Ariyana Ahmad, dibuka kepada orang ramai di MaTiC dari 16 September hingga 31 Oktober 2022. 


 

Ninot Aziz

 


Akhir sekali, Forum Bicara Hikayat Bersama Sastrawan Negara telah menutup program pameran dengan perbincangan panel menarik bersama Profesor Sastrawan Negara Dr Muhammad Haji Salleh, Zainariah Johari dari Yayasan Hasanah dan Raman Krishnan, editor dan penerbit terkenal. 

 

Hikayat Fandom diwujudkan untuk mempromosikan buku bertemakan Hikayat Melayu, dengan matlamat untuk menggalakkan penglibatan masyarakat terhadap Hikayat serta memelihara dan meraikan seni, budaya dan warisan di pelbagai platform. 

 

 

Ninot Aziz

 

Ninot Aziz

 

 

Saya akan terus melengkapkan Siri Hikayat Fandom sebuah siri 10 buah buku berdasarkan lagenda Malaysia seperti Lagenda Bidasari, Bentala Naga, Puteri Saadong dan banyak lagi.

 

Cerita-cerita itu juga disertakan dengan ilustrasi dan karya seni yang membantu dalam penceritaan legenda. Siri buku ini bertujuan memperkenalkan lagenda Melayu kepada pembaca tempatan dan antarabangsa.  – DagangNews.com

 

 

Ninot Aziz merupakan penggiat seni dan kebudayaan Melayu, dari bzBee Consult, aktif menulis di dalam pelbagai medium seperti akhbar dan menerbitkan buku-buku seperti Bentala Naga - A Makyung Tale dan Lipur Lara Nusantara dan kini menulis menerusi kolum Dari Hikayat Kita di DagangNews.com, setiap Isnin.   Emel : ninotaziz@gmail.com
 
KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL DARI HIKAYAT KITA
Portfolio Tags