Hanya 7% pekerja ekonomi gig daftar Perkeso | DagangNews Skip to main content

Hanya 7% pekerja ekonomi gig daftar Perkeso

Gig economy

KUALA LUMPUR 3 Julai - Hanya 7% atau 28,425 pekerja ekonomi gig daripada 400,000 orang telah mendaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Sehubungan itu, kerajaan menggalakkan pekerja yang terlibat untuk berbuat demikian menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana) agar kebajikan mereka terus terpelihara.

Sebelum ini, kerajaan menerusi Penjana telah memperuntukkan geran berjumlah RM50 juta dalam bentuk dana padanan bagi platform ekonomi gig untuk mencarum pekerja di bawah Skim Bencana Pekerjaan Perkeso. 

Dalam masa sama, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz mendedahkan beberapa sesi libat urus telah dijalankan bersama sektor pertanian, penjaja, pengangkutan, barangan dan makanan serta lebih 38 penyedia platform perkhidmatan gig. 

“Lebih 188,000 pekerja bebas yang berpotensi telah dikenal pasti,” katanya seperti dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan rasmi ke Perkeso hari ini. 

Dalam perkembangan lain, kerajaan turut meluluskan RM7.07 bilion di bawah Program Subsidi Upah bagi 307,518 majikan yang mana usaha itu telah menyelamatkan lebih 2.46 juta pekerja. - DagangNews.com