Golongan belia hamba kepada hutang | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 11 December 2020

Golongan belia hamba kepada hutang

 

PERNYATAAN `menjadi hamba kepada hutang' yang berlaku dalam kalangan golongan belia di Malaysia perlu diteliti. Malah pembangunan ekonomi dan pengkelasan sosial boleh dikaitkan daripada nilai hutang golongan belia semasa. 

 

Dalam penggunaan Bahasa Malaysia hamba ikatan hutang dan penghutang bermaksud individu yang dibebani hutang dan peminjam yang berjanji untuk membayar dalam tempoh yang telah dipersetujui.

 

Penyediaan keadaan sosioekonomi yang mana membolehkan, menggalakkan dan mengekalkan individu untuk menjadi hamba ikatan hutang, namun adakah golongan belia berhutang ini faham tentang cara pembayaran hutang dan cara berhutang dengan betul?  

 

BERHUTANG

Difinisi berhutang itu mempunyai banyak maksud, namun dalam huraian ini pernyataan `faham mengenai berhutang' itu perlu diketahui golongan belia.

 

Masih ada pemberi hutang menyediakan, membolehkan, menggalakkan dan mengekalkan golongan belia berhutang dengan keadaan ini seperti menjadi tiket pemberi hutang merampas secara halus hasil bulanan mereka yang berhutang. Keadaan ini boleh menyebabkan si penghutang tidak dapat mengumpul tabungan untuk menyelesaikan urusan hutang maka inilah dikategorikan sebagai mengekalkan hutang untuk terus dibayar.

 

Dengan amalan yang tidak jelas, maka berlaku golongan belia tidak faham menjadi penghutang dengan bayaran bulanan ringgit yang rendah itu bakal membayar ringgit bunga yang tinggi dan terus menanggung dalam masa yang terlalu lama.  

 

Sekiranya amalan ini berlaku dalam kalangan golongan belia berpendapatan rendah, situasi ini bakal merosakkan peningkatan produktiviti dan meningkatkan bilangan `hamba tawanan penghutang'.

 

Kenapa dikaitkan dengan produktiviti? Apabila senang untuk membuat pinjaman peribadi, pinjaman barangan elektrik, pinjaman telefon, pinjaman kenderaan atau pinjaman-pinjaman yang tidak didaftarkan ini bakal menjadikan individu tersebut menanggung hutang dan terus berusaha mendapatkan hasil daripada kerja yang lain, maka keadaan itu menjejaskan nilai produktiviti semasa para pekerja.

 

Permasalahan berlaku sekiranya produktiviti pekerja tidak dapat menyumbang nilai produktiviti maksimum. Keadaan ini akan menjadikan para pekerja bekerja hanya kerana untuk membayar hutang dan bukan bekerja dengan memberikan nilai produktiviti yang tinggi.

 

aaa

 

ADAKAH GOLONGAN BELIA ITU KAKI HUTANG?  

Informasi diperlukan untuk mengetahui golongan belia berpendapatan dan tidak berpendapatan itu mempunyai bilangan hutang yang tinggi atau tidak.

 

Informasi berdasarkan perangkaan tepat diperlukan bagi bilangan penghutang golongan berpendapatan rendah, sederhana, tinggi dan tidak berpendapatan. Bancian untuk bilangan penghutang akan dikategorikan kepada individu berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi, dan adakah mereka terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri.

 

Informasi lengkap daripada bacaan statistik untuk setiap negeri itu dapat mengkategorikan negeri manakah yang mempunyai bilangan penghutang tinggi atau rendah. Statistik ini juga dapat menghuraikan berapa bilangan penghutang yang tidak berpendapatan tetapi masih berhutang. Klasifikasi jenis-jenis hutang yang menjadi pilihan para penghutang, berapakah bilangan umur yang kritikal menjadi penghutang. Melalui perolehan informasi tersebut dapat dilihat dengan jelas apakah tahap kritikal atau sebaliknya golongan belia ini terlibat dengan pelbagai jenis hutang yang ditawarkan.

 

Melalui dapatan informasi ini ia dapat menghuraikan mengenai sifat dan perkembangan hubungan kelas peminjam atau penghutang.  

 

Informasi ini membuktikan apakah bilangan peminjam atau penghutang itu mengalami masalah seperti berikut :

  1. Mengalami masalah kewangan yang serius.
  2. disebabkan ketidakmampuan membeli keperluan diri atau rumahtangga.
  3. disebabkan membayar hutang lain yang tidak dapat diselesaikan.
  4. berhutang hanya untuk pergi bercuti.
  5. untuk tujuan pembayaran yuran Pendidikan.
  6. untuk tujuan pembayaran bil kesihatan.
  7. untuk tujuan pembayaran majlis perkahwinan.

 

Adakah keadaan golongan belia kini kritikal dengan beban hutang? Kewujudan bilangan penghutang kritikal pasti menyumbang masalah produktiviti. Penghasilan produktiviti yang minimum berlaku, ini sudah pasti menjejaskan nilai bekerja secara cemerlang, berdidikasi dan amanah.

 

BUKTI BERHUTANG

Tidak ada bukti menyatakan golongan belia berhutang disebabkan dapatan gaji atau hasil perniagaan yang minimum.

 

Bilangan penghutang dari golongan belia yang tinggi bakal menjadi penyumbang kepada peningkatan pembelanjaan negara dan permasalahan kepada kualiti peribadi golongan belia di Malaysia.

 

Definasi Kualiti Peribadi merupakan satu nilai harga diri individu dimana ia akan menyatakan kesinambungan pemerkasaan diri. Keyakinan terhadap nilai kepimpinan diri akan melibatkan keadaan yang lebih produktif iaitu penghasilan produktiviti dan tanggungjawab terhadap kehidupan kendiri, kerjaya semasa dan akan datang.

 

Penyataan tersebut masih tidak ada bukti kerana belum ada informasi atau statistik terhadap bilangan penghutang belia untuk beberapa jenis hutang yang telah dipersetujui, tetapi bagaimanakah sekiranya ada bukti menyatakan bilangan ramai penghutang untuk beberapa jenis hutang itu adalah golongan belia? Dan bagaimanakah jika peratusan bilangan penghutang belia itu mencapai 1%-5%  bilangan penduduk di Malaysia?

 

Adakah rancangan untuk menjadikan golongan belia berpendapatan sederhana hingga golongan berkemampuan itu sebagai sumber usahawan cemerlang itu tercapai?

 

Bagaimanakah sekiranya mereka ini menjadi penghutang yang masih belum tamat tempoh berhutang disebabkan mempunyai pelbagai jenis hutang semasa?

 

Belum ada sumber atau informasi pasti dimana para golongan belia yang menerima sumbangan atau pinjaman daripada pihak kerajaan bagi tujuan menjayakan perniagaan kecil-kecilan, tetapi sumbangan dan pinjaman tersebut diguna pakai untuk menyelesaikan hutang yang tergantung.

 

Keberangkalian gagalnya usahawan belia kini adalah berpunca daripada mengguna pakai nilai modal duit perniagaan untuk membayar hutang pinjaman peribadi dan pinjaman kelengkapan peribadi sendiri. Namun situasi yang berlaku itu adalah tersembunyi, keadaan ini dikategorikan sebagai berhutang itu adalah persoalan peribadi individu yang tidak perlu diambil tahu.

 

Tidak ada bukti untuk persoalan dan penyataan tersebut berlaku, tetapi jika kemungkinan berlaku, maka keadaan tersebut amat membimbangkan dan ini akan mengambil masa yang lama bagi menyelesaikan permasalahan itu nanti.

 

Masih tidak ada kempen menyedarkan golongan belia supaya tidak berhutang di luar kemampuan.

 

Adakah pemantauan terperinci diberikan kepada organisasi pemberi hutang atau pinjaman?  Sebagai contoh sememangnya sudah ada syarat iaitu para penghutang yang mempunyai nilai hutang melebihi 50% daripada nilai gaji atau pendapatan bulanan tidak boleh membuat pinjaman, tetapi adakah syarat tersebut dipaktiskan? Dan bagaimana pula sekiranya penghutang itu berjaya juga berhutang, adakah tindakan akan dikenakan kepada organisasi yang memberi hutang? Persoalan tersebut seolah-olah tersembunyi tanpa mencari cara penyelesaian yang berkesan.

 

Kewujudan pemberi hutang tanpa lesen itu pasti ada, kewujudan pemberi hutang tanpa lesen ini telah menjadi penyumbang kepada individu untuk lebih banyak berhutang.  Salah satu contoh pemberi hutang tanpa lesen iaitu pemberi hutang dalam kalangan kakitangan organisasi iaitu memberi pinjaman tunai atau pinjaman pembelian barangan kemas, kegiatan ini dijadikan sebagai dapatan sampingan si pemberi hutang, adakah ini dipandangan sebagai urusan peribadi atau mempunyai satu kelasifikasi tindakan tatatertib yang perlu disediakan bagi menghalang kakitangan untuk tidak menambah hutang.

 

aaa

 

BAGAIMANA SEKIRANYA GOLONGAN BELIA ADALAH PENGHUTANG KRITIKAL?

Adakah bilangan golongan belia penghutang itu ramai?  Peningkatan penghutang tanpa rekod juga telah menjadi satu sumbangan dan beban kepada permasalahan produktiviti, permasalahan jenayah dan pasti permasalahan kualiti hidup. Para penghutang dari golongan belia adalah di antara masyarakat yang bakal menyambung dan menambahkan pelbagai bilangan hutang mereka dari semasa ke semasa.  Peningkatan masalah kehidupan peribadi yang melibatkan produktiviti, jenayah dan kualiti hidup penghutang golongan muda itu berlaku.

 

Bagaimanakah pernyataan yang dinyatakan ‘golongan belia sebagai pelapis dan harapan negara’ tetapi golongan belia itu rupanya mempunyai rekod sebagai ‘penghutang kritikal untuk pelbagai jenis urusan hutang’.

 

Dapat diungkapkan bahawa para pejuang negara yang bermati-matian menjaga keharmonian dan pencapaian cemerlang ekonomi dan kualiti hidup masyarakat, ibarat meniti jambatan rupanya jambatan itu rapuh tersembunyi menunggu putus terbeban oleh pemberat yang rupanya tidak tertanggung hanya menunggu masa untuk runtuh.

 

Golongan masyarakat terutama golongan belia perlu diperhatikan dan sentiasa diingatkan tentang etika berhutang iaitu berhutang jangan tidak tertanggung, lagi mengecewakan bagaimanakah nanti untuk melantik pemimpin dalam kalangan belia tetapi mereka sudah pun bergelar penghutang kritikal.

 

Maka ingatan jujur untuk golongan muda itu mesti dilaksanakan. Ibarat kata Melayu lama ‘lebih baik hidup miskin tapi tidak berhutang daripada hidup senang tetapi hutang keliling pinggang.’

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah.

 

 

KOLEKSI DEWI

Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak

Pertahankan amalan berbudi bahasa

Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?

Usahawan wanita perlu peka etika berniaga

BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?

Kaum hawa semakin tidak beradab?

ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?

Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi

The benefits of knowing your own talent

Understanding `talent' in achieving goals of an organisation

Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut

 

 

 

 

 

Portfolio Tags