Beberapa hari lagi menuju ke Frankfurter Buchmesse 2022 | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Dari Hikayat Kita - 17 October 2022

BEBERAPA HARI LAGI MENUJU KE FRANKFURTER BUCHMESSE 2022

 

 

 

 

Di Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt minggu ini, saya akan berkongsi bagaimana cerita rakyat Kepulauan Melayu adalah penting - menjadi penyambung memelihara korpus memori tidak ketara, seni dan budaya dunia.


 

hikayat

 


Mengapakah ini penting? 

 

Kisah legenda sebenarnya memulihara kearifan dan budaya tempatan. Ini termasuk pemikiran aras tinggi yan dimiliki bangsa Melayu sejak berzaman. 

 

Minggu ini, saya berbual dengan Mohd Hazlami Harun, anak muda yang mengharumkan nama Malaysia di serantau Asia Tenggara melalui kumpulannya Akar Seni Malaysia.

 

Beliau mencetuskan karya dramatari yang begitu baik dengan persembahan ‘Bunga Emas’ di Pahang dan juga ‘Seri Gumum’ untuk acara pelancaran buku Hikayat Fandom baru baru ini. 


 

Ninot Aziz
                                         Ninot Aziz bersama Mohd Hazlami Harun

 

 

Hazlami mengatakan betapa kagumnya beliau dengan kebijaksanaan ‘orang lama’ terdahulu dalam meragam tari, “Bagaimana dahulukala orang Melayu menyusun Makyong dengan begitu baik sehingga boleh digunakan hingga hari ini? Begitu cantik struktur dalam cerita Mak Yong kekal hingga hari ini.”

 

Struktur kisah makyong begini:

1.   Bertabuh

2.   Mengadap rebab

3.   Raja atau Pak Yong keluar dan berdialog dengan Mak Yong.

4.   Pak Yong Muda atau Puteri  Mak Yong menyanyi.

5.   Dialog Pak Yong memanggil pengasuh.

6.   Yanyian Pak Yong Tua- Sendayong Pak Yong.

7.   Dialog

8.   Nyanyian Peran

9.   Dialog antara Pak Yong dengan Peran

10.   Pak Yong menyanyi lagu berkhabar.

11.   Dialog

12.   Nyanyian Peran

13.   Dialog

14.   Nyanyian Peran

15.   Dialog

16.   Lagu barat cepat

17.   Dialog Peran 1 dan 2

18.   Lagu Tok wak

19.   Dialog Pak Yong

20.   Lagu Ela oleh Pak Yong bermula dengan pengenalan karektor … Contohnya:

Maka Alulah Endeng Tejali …..

 

Selepas itu barulah bermula ‘pecah cerita’ mengisahkan legenda Makyung seperti Dewa Muda, Indera Dewa Dewa Indera, Anak Raja Gondang, Raja Tangkai Hati dan sebagainya. 

 

 

Ninot Aziz

 

 

Ini menunjukkan struktur yang begitu rapi, kekal selama beratus tahun. Tidak hairanlah Makyung antara kesenian terawal mendapat pengiktirafan dari UNESCO sebagai Intangible Cultural Heritage of Humanity. 

 

Kumpulan cerita Makyong mesti dipelihara sebelum hilang kesemuanya. Kumpulan cerita tersohor hari ini yang saya amati 

 

Cerita Raja Gondang

  1. Endeng Tejali
  2. Cerita Anak Raja Gondang
  3. Cerita Bongsu Sakti
  4. Cerita Tuan Bijak Laksana.

 

Cerita Dewa

  1. Cerita DewaTujuh
  2. Bisnu Dewa
  3. Cerita Dewa Indera Indera Dewa
  4. Cerita Dewa Sakti
  5. Cerita Dewa Pechil
  6. Cerita Dewa Samar Daru dan yang paling tersohor
  7. Cerita Dewa Muda

 

Kisah kisah Raja

- Cerita Raja Muda Laleng 

- Cerita Raja Muda Lembek

- Cerita Raja Tangkai Hati

  • Raja Besar Ho Gading

 

 

Sebelum ini saya telah kongsikan cerita makyong. Kini, saya paparkan lagu lagu makyong yang berkurun lamanya….

 

 

PM

 

 

Lagu Nek Kebaye dinyanyilan apabila Nek Kebaye ingin melepaskan Endeng Tejali dari Gua Ceratagayong. 

 

Aku nok lepah sekali

Denge kuom ceding

Lagha badi bala seroka

Sekelie denge Wok Jebat

Ipoh Kelana

 

Aku nok sapu wat

Berpaling putong Berpade bagha

Kalu panah aku rok sejuk

Taje aku nok mitok tupul

Kalu biso aku nok tawa

 

Aku nok mitok sejuk 

Seperti Ular Cintamani

Haghi ni pasong aku nok mitok

Tok buleh nok bawok ghaso

Miyer ghisa, ketek jerijit

 

Waktu sien, tok buleh ngigau

Waktu male, tok buleh nok mipi

 

Aku nok lepah ke pasong

Bersene tubuh lega ke ghaso

Lepah raso lengoh lupoh

Kaku kaad

Sapo punyo pelepah

Nek melepah

 

So tigo limo tujuh…Lepah…

 

Lagu Nek Spek Bentala Naga pula menceritakan bagaimana ia berenang merentasi lautan untuk menghantar pulang Endeng Tejali dan Puteri  Gak Jitra 

 

Aku nok sembor air membatung

Naik ke darate pata laut

Tepat Anak Ru ye mudo mudo

Lokem paeda bertepuk

Yu paeda bersewang

Di pasir puteh mayang

Dari derdap mudo pulanya

 

 

Keujudan lagu lagu dalam Makyung ini menunjukkan betapa berseninya masyarakat Melayu lama. Di antara lagu lain dalam persembahan makyong adalah:

  1. lagu Bertabuh

  2. Lagu Betabik

  3. Lagu Gedombak

  4. Lagu Memanggil Awang

  5. Lagu Selendang Awang

  6. Lagu Tinggi-Tinggi Merendah Duduk

  7. Lagu Siap Simpan Pakaian Badan

  8. Lagu Berjalan Dekat (atau disebut) Lagu Bejalan Masuk

  9. Lagu Berjalan Jauh (atau disebut) Lagu Bilang Berjalan

  10. Lagu Saridam

  11. Lagu Hilang Royak Berita Nak Timbul

  12. Lagu Selendang Mayang

  13. Lagu Ikan Kekek

  14. Lagu Anak Indung (atau disebut juga)

  15. Lagu Raja Beradu

  16. Lagu Selendang Mayang

  17. Lagu Timang Burung

  18. Lagu Timang-Timang Anak dan bermacam lagi. 

 

Ditambah pula persembahan muzik orkestra Melayu yang lengkap, Makyong merupakan persembahan yang menyeluruh dari segi lakonan, seni tari, muzik, lawak jenaka, hiburan, ajaran dan bermacam-macam lagi. 

 

ASPIRASI HIKAYAT

Inilah antara sebab semangat untuk menulis  cerita bersandarkan hikayat, lagenda dan cerita rakyat begitu berkobar-kobar. 

 

Keunikan budaya kita diperkuatkan dengan keindahan dan kekuatan kisah kusah lama yang menonjolkan ciri-ciri terbaik yang perlu kita kongsikan bersama anak muda generasi yang akan datang. 

 

 

Ninot Aziz

 

 

Bukan itu saja, melalui cerita cerita ini kita dapat mengenal pemikiran, adat resam dan kelaziman masyarakat lama, yang membentuk kerajaan lama dan jatidiri yang kuat. 

 

InsyaaAllah kita jadikan pedoman dan inspirasi kita untuk membangun sebagai bangsa melangkah ke hadapan.

 

Supaya dunia dapat menghormati dan mengenal siapa kita sebenarnya. 

 

 

Ninot Aziz merupakan penggiat seni dan kebudayaan Melayu, dari bzBee Consult, aktif menulis di dalam pelbagai medium seperti akhbar dan menerbitkan buku-buku seperti Bentala Naga - A Makyung Tale dan Lipur Lara Nusantara dan kini menulis menerusi kolum Dari Hikayat Kita di DagangNews.com, setiap Isnin.   Emel : ninotaziz@gmail.com
 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL DARI HIKAYAT KITA

Portfolio Tags