Usahawan jutawan 26 industri kongsi rahsia kejayaan di Titan Summit anjuran RichWorks pada 16 hingga 18 Disember 2022 | DagangNews Skip to main content

Usahawan jutawan 26 industri kongsi rahsia kejayaan di Titan Summit anjuran RichWorks pada 16 hingga 18 Disember 2022

KUALA LUMPUR 29 Nov - Usahawan jutawan dari 26 industri bakal dihimpunkan dalam Titan Summit-Industry Focus bagi memberikan inspirasi dan ilmu keusahawanan yang membuatkan mereka berjaya.

 

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, program istimewa itu diadakan khusus buat bangsa usahawan, terutamanya mereka sudah bertahun-tahun berniaga, namun masih tidak mampu mencapai tahap lebih tinggi.

 

“Titan Summit ini merupakan platform bagi bangsa usahawan di luar sana untuk membuka minda, memberikan keyakinan dan beroleh input penting bagi bisnes mereka.

 

“RichWorks bawakan usahawan jutawan dari 26 industri di bawah bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk berkongsikan rahsia kejayaan mereka pada 16 hingga 18 Disember nanti,” katanya.

 

Radz berkata, usahawan-usahawan jutawan RichWorks tidak lokek untuk berkongsikan ilmu dan pengalaman mereka membina bisnes berjaya berikutan nilai berkongsi telah diterapkan sejak awal oleh Dr Azizan.

 

“Meskipun jadual mereka padat bagi menguruskan bisnes masing-masing, kami akan menampilkan lebih 26 usahawan jutawan.

 

 

richworks
                                                            Datuk Wira Dr Azizan Osman

 

 

“Justeru, kami menjemput usahawan dalam industri fesyen, makanan dan minuman, kecantikan, kesihatan, kewangan, percetakan dan sebagainya untuk tidak ketinggalan ikut serta,” katanya.

 

Untuk keterangan lanjut, layari laman web richworks.com/titansummit. - DagangNews.com