Lebih 145,000 penjual tempatan capai pertumbuhan jualan 25% - kajian Shopee | DagangNews Skip to main content

Lebih 145,000 penjual tempatan capai pertumbuhan jualan 25% - kajian Shopee

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 2 Dis - Lebih 145,000 penjual tempatan mencapai pertumbuhan 25% dalam jualan di Shopee sejak Oktober 2021 hingga September 2022 berikutan tahap perkhidmatan pelanggan berkualiti dan kedai yang dioptimumkan, menurut kajian Shopee Super Awards Milestone 2022.

 

Selain itu, Shopee memacu rangkuman ekonomi dengan menyepadukan dan meningkatkan kemahiran lebih daripada 251,000 penjual tempatan yang mula menjual dalam talian tahun ini. 

 

Penjual kali pertama ke platform ini mengambil kesempatan daripada ekosistem yang teguh dan ciri inovatif untuk skala operasi dengan cepat dan mencapai pasaran baharu dalam talian. 

 

Antaranya, lebih 140 penjual baharu merekodkan jualan lebih RM500,000 tahun lepas. Mereka mengatasi prestasi rakan sebaya mereka dengan rating kedai melebihi 4.8 (daripada 5), 97% kadar pemenuhan tepat masa dan kadar respons sembang pelanggan yang pantas sebanyak 116 minit.

 

Salah satu pemecah rekod ini ialah penjual Shopee, Frederick Thoo dari kedai IFS1212 yang memulakan perniagaan produk automotif dengan Shopee sebagai alternatif untuk membina aplikasi khusus yang mahal. 

 

“Kami telah berjaya mencapai rekod tertinggi sebanyak 600 pesanan harian. Jumlah pesanan ini hanya boleh dicapai dengan menjual dalam talian," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 

Kerana keupayaan mereka untuk mengekalkan pelanggan setia dan mengurangkan kos pemasaran, sehingga September 2022, lebih daripada 2,100 penjual tempatan membuat jualan lebih RM5 juta sejak penubuhan kedai mereka di Shopee.

 

 

shopee
                                             Kenneth Soh

 

 

Selain itu, lebih 1,700 penjual tempatan barangan tulen Buatan Malaysia mencatatkan jualan RM1 juta sejak penyenaraian di pasaran kerana platform ‘hiperlokal’ Shopee dan kempen e-dagang. 

 

Ketua Kempen Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh pula berkata, pihaknya berbesar hati untuk melihat sejauh mana komuniti penjual, jenama dan bakat mereka telah hadir di pasaran menjelang Shopee Super Awards pada 15 Disember. 

 

"Shopee menduduki tempat pertama dalam Kedudukan Jenama Terbaik YouGov di Malaysia dan juga memenangi emas untuk Jenama Malaysia Terkuat Kantar dalam kedua-dua 'General Retailers’ and ‘Lifestyle App’ kategori. 

 

 

shopee

 

 

"Mereka memberi inspirasi kepada kami untuk terus berinovasi dan melabur dalam ekosistem pasaran untuk memberi kembali kepada komuniti dengan menyediakan pelbagai pilihan pada harga terendah," katanya.

 

Pada 15 Disember 2022, majlis Shopee Super Awards akan mengiktiraf penjual, jenama dan influencer terbaik tahun ini mengikut kategori industri. - DagangNews.com