Co-opbank Pertama, Pasaraya Borong Sakan jalin kerjasama strategik tawar diskaun pembelian 10% untuk pemegang Akaun MyStar | DagangNews Skip to main content

Co-opbank Pertama, Pasaraya Borong Sakan jalin kerjasama strategik tawar diskaun pembelian 10% untuk pemegang Akaun MyStar

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 8 Julai - Co-opbank Pertama (CBP) memeterai satu kerjasama strategik dengan Pasaraya Borong Sakan Sdn Bhd (Pasaraya Borong Sakan) untuk memberi potongan harga istimewa kepada pemegang Akaun Simpanan-i Salam MyStar.

 

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, menerusi kerjasama strategik itu, semua pemegang Akaun MyStar layak untuk menikmati tawaran diskaun pembelian sebanyak 10% bagi barangan keperluan persekolahan terpilih termasuk barangan runcit.

 

Beliau berkata, menerusi kolaborasi itu juga, ia dapat mempromosikan jenama CBP dan Pasaraya Borong Sakan kepada pelanggan sedia ada di 29 buah cawangan CBP dan 63 buah cawangan Pasaraya Borong Sakan di seluruh negara.

 

"Ia akan memberi nilai tambah kepada pemegang akaun yang berumur dari satu hari sehingga 18 tahun yang mana ibu bapa atau penjaga berpeluang membeli barangan keperluan di Pasaraya Borong Sakan dengan harga yang lebih rendah,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Tambah Khairil Anuar, selain Pasaraya Borong Sakan, CBP juga dalam perancangan untuk bekerjasama dengan pihak ketiga bagi memberi tawaran istimewa kepada pemegang Akaun MyStar.

 

 

cbp
Khairil Anuar Mohammad Anuar

 

 

Katanya, CBP juga akan melancarkan sistem mata ganjaran menerusi penyedia program kesetiaan yang terkenal dalam tempoh terdekat yang turut akan memberi nilai tambah kepada pelanggan Ar Rahnu CBP. - DagangNews.com