Co-opbank Pertama lanjutkan tempoh kempen #M4M2.0 hingga 31 Dis ini | DagangNews Skip to main content

Co-opbank Pertama lanjutkan tempoh kempen #M4M2.0 hingga 31 Dis ini

 

 

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Co-opbank Pertama (CBP) melanjutkan tempoh Kempen Pembiayaan Persendirian-i Money For Merdeka (#M4M2.0) yang menawarkan sebuah pangsapuri bernilai RM100,000 kepada pemenang utama kempen ini. 

 

Berikutan sambutan di luar jangkaan, CBP dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh kempen yang sepatutnya berakhir 15 September 2021 kepada 31 Disember 2021 bagi membolehkan lebih ramai pelanggan menyertai kempen ini.  

 

"Selain sebuah pangsapuri tersebut, CBP juga menawarkan berbagai hadiah menaraik bernilai RM200,000 seperti motosikal, komputer riba dan wafer emas edisi terhad," katanya.

 

Kempen #M4M2.0 terbuka kepada kakitangan sektor kerajaan Badan Berkanun berstatus tetap dengan tempoh berkhidmat melebihi 3 bulan dan kakitangan berstatus kontrak bersambung tidak kurang daripada 2 tahun berkhidmat hanya kepada warga kerja KEMAS dan Jabatan Perpaduan sahaja selain daripada mereka yang bekerja dengan anak syarikat kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

 

Bagi yang bekerja swasta, ia tertakluk kepada syarikat swasta atau Panel Majikan yang terpilih.

 

Menerusi pembiayaan ini, pemohon yang layak boleh mendapatkan pembiayaan tunai sehingga maksimum RM200,000 dengan tempoh pembiayaan selama 10 tahun dan kadar tetap serendah 2.69%.

 

M4M2.0 turut menyasarkan pelanggan yang ingin menyatukan komitmen kewangan mereka melalui pembiayaan peribadi di bank berkenaan.

 

CBP menasihatkan orang ramai yang berminat untuk memanfaatkan tempoh lanjutan kempen ini dengan mendaftar segera di mana-mana cawangan terdekat di seluruh negara.

 

Semasa kempen #M4M yang pertama pada 2019, pelanggan bertuah dari cawangan Kota Kinabalu, Sabah, Clarence Tami telah dipilih sebagai pemenang utama pangsapuri bernilai RM100,000 di Butterworth, Pulau Pinang.

 

CBP turut menawarkan pelbagai produk kewangan patuh syariah meliputi pembiayaan perumahan/hartanah, simpanan/deposit, Ar-Rahnu, takaful dan wasiat selain daripada pembiayaan peribadi selain pelbagai bentuk pembiayaan yang bertujuan bagi membantu pengembangan perniagaan bagi pelanggan koperasi dan korporat.

 

Selain pembiayaan peribadi, CBP turut menawarkan pelbagai produk kewangan patuh Syariah meliputi pembiayaan perumahan/hartanah, simpanan/deposit, Ar-Rahnu, takaful dan wasiat. - DagangNews.com