Bila suami isteri meninggal dunia serentak! | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 20 December 2021

BILA SUAMI ISTERI MENINGGAL DUNIA SERENTAK !

 

 

SAYA baru balik dari bercuti sambil bekerja 6 hari ke utara. Hujan lebat mengiringi kepulangan saya ke Lembah Kelang dan sepanjang perjalanan saya dapati ada banyak kenderaan keluar dari Lembah Kelang walaupun pada ketika itu pukul 5 pagi. Mungkin mereka bercuti atau pulang ke kampung sempena cuti sekolah hujung tahun.

 

Tatkala melihat pergerakan trafik yang sangat banyak dan keadaan hujan yang lebat, saya hanya terfikirkan risiko kemalangan yang berdepan semua pengguna jalan raya.

 

Jika di musim COVID-19 mengganas, kita mendengar kisah-kisah pasangan suami isteri meninggal dunia dan meninggalkan anak mereka yatim piatu akibat penyakit itu, di musim sekarang kita digemparkan pula dengan kisah suami isteri meninggal dunia serentak akibat kemalangan.

 

Persoalan yang mesti difikirkan

Isu paling besar yang WAJIB  difikirkan oleh semua pasangan muda jika ditakdirkan mereka meninggal dunia secara serentak hari ini (atas apa sebab sekalipun) ialah apakah nasib  anak-anak di bawah umur 18 tahun yang ditinggalkan mereka. Bagaimanakah anak-anak ini akan meneruskan kehidupan mereka tanpa ibu bapa di sisi?

 

Pasangan ini mungkin ada serba sedikit harta  yang ditinggalkan seperti rumah, akaun bank, polisi takaful dan sebagainya.

 

Pastinya mereka mahu anak-anak mereka itulah yang mendapati manfaat dari segala harta tinggalkan.

 

Tetapi isu besar yang menanti ialah siapakah yang bakal menjaga harta-harta ini bagi pihak anak mereka? Adakah pihak-pihak ini akan menjaga harta itu dengan beramanah dan hanya menggunakannya untuk maslahat anak itu? Apa pula yang akan terjadi jika penjaga harta itu pula mati? Siapa pula yang akan meneruskan pengurusan harta itu dalam keadaan si anak masih di bawah umur 18 tahun?

 

Undang-undang Syariah memang telah menetapkan turutan penjaga harta kepada anak-anak ini.

 

Namun undang-undang Syariah juga memberi kebebasan kepada ibu bapa untuk melantik siapakah yang mereka percayai untuk menjadi penjaga harta bagi pihak anak-anak di bawah umur 18 tahun sekiranya pasangan ini meninggal dunia.

 

Ada kes penjagaan harta untuk anak bawah umur 18 tahun  ini berlarutan sehingga bertahun lamanya. Bagaimanakah anak yatim piatu ini menampung kehidupan mereka di dalam tempoh itu?


 

Wasiyyah

 


Ada juga kes di mana penjaga harta yang telah dilantik tidak amanah dan menyalahgunakan harta anak yatim ini.

 

Semua masalah ini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya pasangan muda ini merancang harta ketika mereka masih hidup.

 

Bukan sahaja mereka boleh menghibahkan harta mereka kepada anak di bawah umur 18 tahun, malah mereka boleh menentukan sekali siapakah yang mereka percayai untuk menjadi penjaga harta kepada anak-anaknya.

 

Di Wasiyyah Shoppe Berhad, pelantikan penjaga harta ini dibuat melalui Dokumen Pelantikan Wasi yang kami sediakan untuk pelanggan-pelanggan kami.

 

Bukan sahaja urusan tuntutan harta pusaka akan kami uruskan secara percuma (bagi pelanggan perkhidmatan al-wasitah kami) supaya anak-anak itu dan penjaga (hadhinah) mereka tidak terbeban, malah urusan pelantikan penjaga harta juga telah tersedia.

 

Sebagai syarikat amanah patuh Syariah, Wasiyyah Shoppe Berhad juga boleh dilantik sebagai penjaga harta di dalam Dokumen Pelantikan Wasi dan mempunyai punca kuasa di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100).

 

Kelebihan ketara melantik kami sebagai penjaga harta berbanding dengan pelantikan individu ialah kami tidak mati (syarikat amanah diikat oleh undang-undang untuk memastikan ia terus beroperasi) dan tadbir urus korporat yang ketat akan memastikan harta diurus mengikut peruntukan undang-undang.       

 

Perubahan trend

Sepanjang penubuhan Wasiyyah Shoppe Berhad semenjak 17 tahun lepas, saya secara peribadi melihat sendiri perubahan trend dari segi umur dan demografi pelanggan yang merancang harta dengan kami.

 

Sebelum tahun 2010, majoriti dari pelanggan kami ialah golongan yang berumur 50 tahun ke atas.

 

Secara semulajadinya memang golongan inilah yang kebiasaannya akan mempunyai kesedaran untuk merancang harta yang lebih tinggi  kerana umur yang semakin lanjut dan portfolio harta yang sudah stabil.


 

Wasiyyah

 


Saya terlibat dengan aktif memberi ceramah, seminar dan bengkel seluruh Malaysia untuk memberi kesedaran kepada golongan muda tentang kepentingan perancangan harta secara Syariah.

 

Namun pada ketika itu, golongan muda di bawah umur 50 tahun seakan-akan tidak peduli dengan isu ini kerana mungkin merasakan tidak mungkin mereka akan mati pada usia muda.

 

Walaubagaimanapun selepas tahun 2010, saya dapati mulai ada perubahan trend yang ketara.

 

Di Wasiyyah Shoppe Berhad saya mengamati perubahan trend ini dengan penuh minat. Kelihatannya selepas tahun itu, pasangan suami isteri muda yang mempunyai anak bawah 18 mulai terbuka untuk merancang harta.

 

Mereka mulai sedar bahawa perancangan harta terutamanya dari segi pelantikan penjaga harta bukanlah pilihan lagi. Ia sudah menjadi satu kemestian.

 

Perubahan gaya hidup, mobiliti pergerakan, portfolio aset yang semakin canggih ialah antara sebab pengurusan harta menjadi semakin rumit.

 

Pasangan muda ini telah bekerja kuat untuk menjadi golongan profesional yang  berharta dan berkedudukan tinggi namun semuanya tidak membawa sebarang makna kepada anak-anak di bawah umur 18 tahun mereka sekiranya tiada penjaga harta dilantik. 

 

Hari ini 2021, 17 tahun semenjak Wasiyyah Shoppe Berhad mula beroperasi, lebih dari 50% pelanggan kami ialah mereka yang berumur kurang dari 55 tahun. Usaha kami mendidik pasangan muda mulai menampakkan hasilnya Alhamdulillah.

 

Hakikat kematian

Hakikatnya apabila pasangan suami isteri meninggal dunia dalam keadaan anak-anak mereka sudah berumur 18 tahun ke atas, sudah berkerjaya atau sudah mendirikan rumahtangga, anak-anak itu tidak terjejas kehidupannya.

 

Mereka akan sedih kerana kehilangan ibu bapa namun kehidupan mereka tidak terjejas.


 

Wasiyyah

 


Satu-satunya cabaran yang mendepani mereka ialah bagaimana mereka ingin menguruskan pembahagian harta pusaka ibu bapa mereka.

 

Namun bagi pasangan yang meninggalkan anak-anak di bawah umur 18 tahun, anak-anak ini akan berdepan dengan masa depan yang gelap.

 

Mereka bukan sahaja kehilangan kasih sayang dan tempat bergantung, malah mereka juga berdepan risiko kehidupan mereka terjejas akibat proses pengurusan pusaka yang memakan masa dan kebarangkalian penjaga harta yang diputuskan tidak amanah.

 

Jika anda mempunyai anak di bawah umur 18 tahun, bertindaklah segera merancang harta anda terutamanya melantik penjaga harta. Wasiyyah Shoppe Berhad boleh membantu.  


 

ariffinsabirin
Tn Hj Ariffin Sabirin adalah Pengasas dan CEO Wasiyyah Shoppe Berhad.

 

ariffinsabirin

 

KLIK DI SINI UNTUK MEMBACA KOLEKSI ANEKDOT MAWARITH

 

Portfolio Tags