Traveloka melantik Diana Danielle sebagai duta jenama di Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Traveloka melantik Diana Danielle sebagai duta jenama di Malaysia

Dania Danille

KUALA LUMPUR 1 Mac Traveloka melantik Diana Danielle sebagai duta jenama untuk Malaysia sempena ulang tahun kesepuluhnya di Asia Tenggara.

 

Superapp pengembaraan ini akan bekerjasama dengan penyanyi-pelakon tercinta ini untuk menggiatkan industri pelancongan tempatan, menggalakkan perjalanan selamat untuk seisi keluarga dan memulihkan keyakinan rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan tanah air tercinta ini ketika negara sedang membangkitkan semula industri pelancongan.

 

Pengurus Besar, Traveloka Malaysia, Angelica Chan berkata, Diana Danielle mempunyai ciri-ciri serasi dengan jenama Traveloka kerana kecenderungannya untuk memilih aktiviti pelancongan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaannya.

 

‘’Beliau juga menunjukkan semangat keluarga-Malaysia dengan mengutamakan orang tersayang dan memastikan keselamatan mereka terjamin.

 

‘’Semangat inilah yang akan membantu negara pulih daripada wabak COVID-19. Bersama-sama dengan Diana, kami akan berusaha untuk meningkatkan minat pelancong tempatan dan asing jatuh untuk meneroka Malaysia semula,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


 

dania danille

 

Diana Danielle, yang juga ibu kepada dua orang anak telah menjadi penyokong kuat industri seni dan pelancongan tempatan.

 

Beliau baru-baru ini dianugerahkan dengan Anugerah Pilihan Rakyat - Selebriti Terbaik Tahun Ini, di Top 100 Talent Awards dan Malaysia Fashion, Modelling and Pageant Awards 2021.

 

Mengulas pelantikannya, Diana Danielle berkata, aktiviti pelancongan merupakan salah satu cara untuk beliau keluarga mencipta kenangan dan telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan keluarga.

 

‘’Industri pelancongan adalah antara industri yang paling terjejas semasa wabak COVID-19 dan saya tidak sabar untuk memainkan peranan saya dalam membantu Malaysia membina semula industri pelancongan melalui Traveloka,” katanya.

 

Bagi merangsang keinginan para pengguna aplikasi untuk mengembara semula, Traveloka akan terus memenuhi aspirasi gaya hidup pengguna melalui tawaran luar biasa, pada harga yang sangat lumayan daripada rakan kongsi platform yang merangkumi syarikat penerbangan, tarikan, hotel, serta segmen spa dan kecantikan.

 

Beliau juga mendedahkan bahawa usaha promosi Traeloka melalui promosi bulanan dua digitnya (cth 10.10, 11.11) dan jualan akhir tahun, superapp pengembaraan yang direka untuk memperkasakan pengguna di Asia Tenggara ini yang beraspirasi untuk menikmati pengalaman baharu serta meneroka tempat-tempat di sekeliling mereka ini berjaya mencapai pertumbuhan jualan sebanyak 60 peratus pada 2021, berbanding tempoh yang sama pada 2019.


 

dania danille

 


Untuk memulakan sambutan dan memperkaya pengalaman perjalanan dan gaya hidup rakyat Malaysia, serta untuk menyatakan rasa terima kasih atas sokongan mereka sepanjang tahun, superapp pengambaraan ini telah mencipta permainan Augmented Reality (AR) yang inovatif untuk ulang tahun ke-10nya.

 

Permainan ini dinamakan Cut A Cake, dan pengguna akan dapat memenangi kupon bernilai sehingga RM10,000 apabila mereka memotong 10 kek untuk Traveloka. Kupon-kupon tersebut sah untuk sitebus antara 21 Februari dan 6 Mac 2022.

 

Superapp pengembaraan ini juga akan bekerjasama dengan influencer Instagram tempatan seperti Jovyn, SoniqWebs dan Myra Natasya untuk melancarkan live strim Instagram tujuh hari, antara 28 Februari dan 6 Mac 2022 di mana para penonton berpeluang memenangi hadiah-hadiah dari Traveloka.  DagangNews.com