Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim terima taklimat daripada PM mengenai Budi95, persiapan Sidang Kemuncak ASEAN | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim terima taklimat daripada PM mengenai Budi95, persiapan Sidang Kemuncak ASEAN

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 25 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersembahkan taklimat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengenai pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) dalam satu majlis menghadap di Istana Bukit Tunku.

 

Dalam pertemuan tersebut, turut dibincangkan ialah perancangan kerajaan bagi memastikan pelaksanaan penyasaran semula subsidi bahan api berjalan lancar.

 

Sultan Ibrahim turut dimaklumkan mengenai pelbagai usaha yang sedang dijalankan kerajaan bagi meringankan kos sara hidup rakyat menerusi sokongan bersasar.

 

Perdana Menteri juga mempersembahkan laporan mengenai persiapan bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur bulan depan.


 

PMX

 


Bermula 30 September ini, program Budi95 akan membolehkan rakyat Malaysia menikmati petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter.

 

Setiap warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad dan lesen memandu sah berhak menerima kuota bulanan sebanyak 300 liter- DagangNews.com