KUALA LUMPUR 24 Julai - Tune Protect Group Berhad diiktiraf sebagai Syarikat Terbaik (Insurans) – Penjagaan Komuniti Cemerlang di Anugerah Sustainability & CSR Malaysia 2025, sebagai pengiktirafan terhadap usaha mampan, ESG dan Corporate Good (CG) yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dan alam sekitar.
Anugerah berprestij ini telah disampaikan dalam satu majlis yang dirasmikan oleh Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
How berkata, pihaknya amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini yang bukan sahaja menghargai usaha sepanjang 2024, malah mencerminkan komitmen berterusan seluruh warga Tune Protect sepanjang tiga tahun yang lepas.
"Kami berjanji untuk menyumbang lagi 6,000 jam sukarelawan antara 2025 hingga 2027, dengan tumpuan utama terhadap pemuliharaan alam sekitar, pemerkasaan komuniti dan mewujudkan impak yang berkekalan untuk generasi akan datang," kata beliau dalam satu kenyataan media.
Pada tahun 2024, aspirasi komuniti Tune Protect dizahirkan melalui pelbagai inisiatif bermakna di bawah program CG – platform berasaskan sukarelawan Kumpulan untuk memacu pemerkasaan komuniti, pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan belia.
Antara inisiatif utama termasuk:
- Roll-Out Iftar: Edaran 2,000 pek makanan kepada barisan hadapan dan penunggang penghantaran di Shah Alam sempena Ramadan.
- Titipan Kasih Syawal: Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan lawatan ke wad pediatrik di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani.
- Klinik Bola Sepak Battle of the Reds: Seramai 40 murid SK Cochrane mendapat pengalaman seumur hidup menyertai klinik dan perlawanan bola sepak amal di Stadium Nasional Bukit Jalil.
- Corporate Good Fokus Sukan & Digital (Bahagian 1 & 2): Naik taraf perpustakaan digital dan kawasan sukan sekolah, disusuli dengan karnival mini sukan.
- Penanaman Pokok bersama Global Environmental Centre (GEC): Dua program pemeliharaan alam sekitar dijalankan di Selangor untuk mendidik komuniti tentang kepentingan alam semula jadi.
- Karnival Atletik Kanak-Kanak: Sehari penuh aktiviti kesihatan dan sukan untuk pelajar sekolah bagi memupuk gaya hidup sihat dan mengeratkan semangat kejiranan.
Inisiatif-inisiatif ini merupakan sebahagian daripada perjalanan mampan Tune Protect yang lebih luas. Antara tahun 2022 hingga 2024, lebih 1,000 sukarelawan telah digerakkan, menyumbang sebanyak 7,299 jam sukarelawan, memberi impak positif kepada 27 komuniti dan kumpulan di Malaysia, Thailand dan Dubai.

Kejayaan melepasi sasaran 6,000 jam menunjukkan budaya kesukarelawanan yang kukuh serta komitmen berterusan Kumpulan dalam membawa perubahan yang bermakna.
‘CG Wrapped’ 2022–2024 Tune Protect memaparkan 7,299 jam sukarelawan yang ditumpukan untuk memajukan komuniti merentasi tiga negara – Malaysia, Thailand dan Dubai.
Di samping usaha komuniti, Tune Protect turut mengekalkan pencapaian tinggi dalam prestasi ESG. Kumpulan mencapai skor tertinggi baharu sebanyak 3.9 dalam FTSE4Good Bursa Malaysia Index, meningkat daripada skor terdahulu iaitu 3.8, dan kekal sebagai satu-satunya penginsurans am tersenarai di Malaysia dalam indeks tersebut.
Pencapaian ini mengukuhkan lagi kedudukan Tune Protect sebagai peneraju dalam perniagaan yang bertanggungjawab dan mampan.
Usaha kelestarian Tune Protect dipandu oleh visi “In Tune for a Better Tomorrow”, yang bertujuan mencetuskan perubahan positif untuk alam sekitar, komuniti dan generasi masa hadapan.
Sila layari www.tuneprotect.com/my/people-community untuk maklumat lanjut mengenai Program Corporate Good Tune Protect. - DagangNews.com








