Swift Energy peroleh tempahan pembekalan sistem tenaga projek di Sabah dan Suriname bernilai RM17.99 juta | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Swift Energy peroleh tempahan pembekalan sistem tenaga projek di Sabah dan Suriname bernilai RM17.99 juta

Oleh HAZIQ HAKIMI

KUALA LUMPUR 21 Jan – Swift Energy Technology Bhd menerima beberapa tempahan pembelian dengan nilai keseluruhan RMM17.99 juta, meliputi pembekalan sistem tenaga hibrid, generator, kotak bateri serta panel pembetulan faktor kuasa bagi projek di Sabah dan Suriname.

 

Menurut makluman kumpulan itu kepada Bursa Malaysia, tempahan berkenaan diperoleh menerusi anak syarikat milik penuhnya, Swift Energy Sdn Bhd.

 

Bahagian terbesar melibatkan dua kontrak pembekalan yang diterima daripada Rimbunan Jaya Sdn Bhd untuk Projek North Belud WHP PETRONAS Carigali Sdn Bhd di Sabah. 

 

Skop kerja merangkumi pembekalan sistem kuasa hibrid Ex solar power/wind turbine serta sebuah generator diesel 80kW dengan penghantaran dijadualkan pada suku kedua 2026.

 

Selain itu, Swift Energy turut menerima pesanan beli daripada Kraft Powercon Sweden AB bagi membekalkan lima set kotak bateri 220Vdc Ex e untuk B58 FPSO Suriname No 1 hingga 5, yang dijangka dihantar pada suku kedua 2026.

 

Secara berasingan, kumpulan itu dianugerahkan kontrak oleh Expet Controls Sdn Bhd untuk membekalkan lapan set panel pembetulan faktor kuasa 11kV bagi GPP2 dan GPP3 Petronas Gas Bhd, dengan penghantaran disasarkan pada suku keempat 2026.

 

Bagaimanapun, Swift Energy memaklumkan nilai khusus bagi setiap kontrak individu tidak didedahkan. - DagangNews.com