Subsidiari Solarvest peroleh kelulusan sambungan NEDA daripada TNB bagi fasiliti solar 30MW | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Subsidiari Solarvest peroleh kelulusan sambungan NEDA daripada TNB bagi fasiliti solar 30MW

KUALA LUMPUR 18 Okt - SM01 Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki 33% oleh Solarvest Holdings Bhd, menerima sambungan New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA) yang ditandatangani daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

 

Perjanjian ini memberikan SM01 sambungan dan akses kepada sistem TNB untuk membekalkan tenaga yang dijana oleh SM01.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Solarvest menyatakan SM01 akan membina, memiliki, mengendalikan dan menyelenggara sebuah fasiliti penjanaan tenaga solar fotovoltaik dengan kapasiti eksport diluluskan sebanyak 29.99 MWac.


 

solarvest

 


Perjanjian sambungan NEDA pada dasarnya menyaksikan TNB bersetuju memberi SM01 akses kepada rangkaian kuasa pukal utiliti tenaga tersebut bagi tujuan pembekalan tenaga yang dijana oleh fasiliti berkenaan.

 

Dalam hal ini, tenaga boleh diperbaharui yang dihasilkan oleh SM01 akan dijual secara maya kepada Pearl Computing Malaysia Sdn Bhd.

 

Shizen Malaysia Sdn Bhd memegang 49% kepentingan dalam SM01 manakala HSS Engineering Sdn Bhd memegang baki 18%. - DagangNews.com