Santan perkenal Menu Nostalgia sempena Bulan Kemerdekaan – Hidangan baharu dalam penerbangan AirAsia serlah cita rasa Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Santan perkenal Menu Nostalgia sempena Bulan Kemerdekaan – Hidangan baharu dalam penerbangan AirAsia serlah cita rasa Malaysia

Catherine Goh memperkenalkan hidangan terbaharu di dalam penerbangan AirAsia
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 25 Julai – Santan, jenama makanan dan minuman (F&B) di bawah Capital A, tampil dengan rangkaian menu baharu yang diinspirasikan daripada rasa nostalgia rakyat Malaysia — sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.

 

Hidangan-hidangan terbaharu ini merangkumi Kaya Butter Coconut Toast yang julung kali ditawarkan dalam penerbangan; Pak Nasser’s Nasi Lemak Light (Nasi Lemak Bungkus) versi ringkas namun ikonik; dan ZERO Teh Tarik Kaw Kaw — minuman inovatif rendah gula yang mengekalkan rasa "kaw" kegemaran rakyat Malaysia.

 

Turut diperkenalkan ialah minuman baharu berasaskan Asam Boi – bahan tradisional yang sangat digemari di Malaysia dan rantau ASEAN.

 

Menu Baharu Santan:

Kaya Butter Coconut Toast
Roti berperisa santan, kaya pandan dan mentega masin premium
Harga kombo: RM12 di AirAsia (AK) / RM17 di AirAsia X (D7)

Pak Nasser’s Nasi Lemak Light (Nasi Lemak Bungkus)
Versi padat hidangan signatur, dibungkus dengan daun pisang
RM12 (Kombo) | Tersedia dalam penerbangan AirAsia (AK) sahaja

ZERO Teh Tarik Kaw Kaw (70% kurang gula)
Diperbuat dengan pemanis sifar kalori, mengekalkan rasa padu dan kaya
RM9 (Ala carte) di AirAsia (AK) | RM10 (Ala carte) di AirAsia X (D7)

ZERO Calorie Asam Boi (kerjasama bersama ZUS Coffee)
RM12 (Ala carte) di AirAsia (AK) | RM13 (Ala carte) di AirAsia X (D7)

ZERO Asam Jasmine Tea
Twist menyegarkan teh jasmine dengan rasa masam yang unik
RM12 (Ala carte) di AirAsia (AK) | RM13 (Ala carte) di AirAsia X (D7)

 

Sebagai pelengkap pengalaman menjamu selera, penumpang yang membeli Kombo Santan boleh menambah ‘Snek Box Kita’ dengan hanya RM3 – yang mengandungi tiga snek tempatan kegemaran: Biskut Kelapa Bakar, Muruku, dan Tat Nenas. Sentuhan Malaysia sejati ini menghidupkan semula memori zaman kanak-kanak dalam suasana kabin.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Santan, Catherine Goh berkata, “Sempena Bulan Kemerdekaan yang bakal tiba, rangkaian terbaharu ini memberi penghormatan kepada rasa-rasa nostalgia yang mewakili identiti kita sebagai rakyat Malaysia — kaya dengan budaya, warisan dan kepelbagaian. Daripada Kaya Butter Coconut Toast pertama di dunia dalam penerbangan hingga ke Teh Tarik Kaw Kaw kami, kami bangga meraikan Malaysia melalui makanan yang lazat, lebih sihat, dan unik kepada negara ini.”

 

“Kami melihat potensi besar dalam segmen snek, dan menerusi pelancaran ini, kami menyasarkan sehingga 10% sumbangan kepada jumlah jualan kami tahun ini. Sebagai jenama yang telah berkembang daripada penyedia makanan dalam penerbangan kepada runcit darat, ini merupakan satu lagi langkah penting dalam menjadikan makanan kegemaran Malaysia sebagai sebahagian daripada detik harian – sama ada di udara mahupun di darat,” tambah beliau.

 

Santan Club ZERO: Pilihan Lebih Sihat Tanpa Kompromi Rasa

Rangkaian Club ZERO Santan dibangunkan bagi memenuhi permintaan yang meningkat untuk pilihan makanan dan minuman rendah gula, tanpa mengorbankan rasa. Dengan menggunakan pemanis sifar kalori yang selamat dan diluluskan tanpa aspartam, Santan terus menawarkan pilihan lebih sihat yang tetap memuaskan.

 

Dilancarkan tahun lalu dan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Club ZERO telah menampilkan minuman popular seperti ZERO Pistachio Coconut Latte, dan kini diperluas dengan pencuci mulut tular Santan – ‘The OG Burnt Cheesecake’, versi rendah gula kek keju signatur dengan 50% kurang gula.

 

Nilai tetap menjadi tunjang utama penawaran Santan – dengan hidangan kombo bermula serendah RM7.90 termasuk minuman. Penumpang juga boleh menaik taraf minuman mereka dengan hanya tambah RM2 untuk menikmati ZERO Pistachio Coconut Latte – kegemaran viral sejak tahun lalu – atau Santan Latte yang telah terjual lebih satu juta cawan sejak diperkenalkan.

 

Menu terbaharu ini merupakan sebahagian daripada kemas kini suku tahunan Santan yang dijalankan setiap tiga bulan bagi memastikan pilihan kekal segar, menarik dan menepati cita rasa penumpang.

 

Kesemua hidangan kini boleh dinikmati dalam semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X, dengan sambungan bergantung kepada maklum balas dan permintaan penumpang. - DagangNews.com