Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$122.8 bilion | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$122.8 bilion

Oleh HAMDEN RAMLI

KUALA LUMPUR 23 Sept – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$122.8 bilion setakat 12 September 2025, berbanding AS$122.7 bilion pada 29 Ogos 2025, menurut kenyataan rasmi bank pusat itu hari ini.

 

BNM menjelaskan paras rizab semasa mencukupi untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta bersamaan 0.9 kali jumlah hutang luar jangka pendek negara.

 

Komponen utama rizab antarabangsa BNM adalah rizab mata wang asing, AS$109.2 bilion;
kedudukan dalam Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), AS$1.3 bilion; Hak Pengeluaran Khas (SDR): AS$5.9 bilion; Emas, AS$4.1 bilion dan aset rizab lain AS$2.3 bilion.

 

Dari segi ringgit, jumlah aset keseluruhan BNM mencecah RM628.38 bilion merangkumi emas, tukaran asing & SDR, RM519.33 bilion; kertas kerajaan Malaysia (MGS/GII), RM13.42 bilion dan deposit dengan institusi kewangan, RM3.75 bilion.

 

Pinjaman dan pendahuluan, RM27.68 bilion; Tanah & bangunan, RM4.57 bilion dan aset lain RM59.61 bilion.

 

Jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM628.38 bilion terdiri daripada modal dibayar, RM100 juta; Rizab BNM: RM200.69 bilion, Mata wang dalam edaran: RM173.70 bilion dan Deposit institusi kewangan: RM108.42 bilion.

 

Selain itu, Deposit kerajaan persekutuan: RM30.46 bilion, Deposit lain: RM75.23 bilion, Kertas BNM: RM8.42 bilion, Peruntukan SDR: RM27.77 bilion dan Liabiliti lain: RM3.57 bilion. - DagangNews.com