KUALA LUMPUR 17 Nov – Pelancaran Tetingkap Perbankan Islam oleh Development Bank of Sarawak (DBOS) bukan sahaja memperkukuhkan tawaran kewangan bank itu, malah meneguhkan komitmen Sarawak terhadap pembangunan inklusif berasaskan nilai.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata inisiatif ini merupakan peluang strategik dan tepat pada masanya untuk DBOS meletakkan Sarawak dalam ekosistem kewangan Islam global, sekali gus menandakan era baharu yang ditentukan oleh skala, kemampanan dan integrasi strategik.
“Sektor kewangan Islam global mencatat pertumbuhan luar biasa pascapandemik, membuka peluang baharu untuk Sarawak menempatkan diri dalam landskap kewangan Islam antarabangsa.
"Menurut laporan Standard Chartered Bank mengenai Perbankan Islam bagi Institusi Kewangan: Memanfaatkan Pertumbuhan ketika Peralihan Global, nilai aset kewangan patuh syariah – termasuk perbankan Islam, sukuk dan dana pelaburan – telah melepasi AS$5.5 trilion pada 2024.
"Semua asset ini diunjurkan mencecah AS$7.5 trilion menjelang 2028 (AS$1=RM4.1),” katanya.
Abang Johari berkata demikian ketika merasmikan Hari Integriti DBOS bertemakan Memajukan Sarawak dengan Integriti, da melancarkan Tetingkap Perbankan Islam DBOS.
Beliau berkata, inisiatif itu menandakan satu angkah pnting bagi DBOS dalam menempatkan Sarawak dalam ekosistem kewangan Islam global yang semakin berkembang pesat. - BERNAMA








