KUALA LUMPUR 14 Jan - Bursa Malaysia dijangka merekodkan nilai dagangan harian purata (ADV) tahunan penuh sebanyak RM2.85 bilion bagi tahun 2026, meningkat 12% berbanding tahun sebelumnya, menurut Kenanga Research.
Firma penyelidikan itu berkata, peningkatan ADV itu disokong oleh likuiditi lebih tinggi daripada bank pusat serantau yang dijangka menyalur ke pasaran membangun, serta keyakinan pelabur terhadap sektor domestik yang semakin baik susulan pengukuhan Ringgit Malaysia (sasaran Kenanga: RM3.95/AS$).
Katanya, pertumbuhan KDNK dijangka kekal pada 4.2%, sedikit menurun daripada 4.8% pada 2025, yang sebahagiannya dipengaruhi oleh kelewatan penghantaran dalam sektor pembinaan.
Kenanga mengekalkan market perform dan target price RM8.00, berdasarkan PER FY26F 22x yang tidak berubah.
“CY26 bermula dengan baik, dengan ADV Januari 2026 mencapai RM2.70 bilion, manakala KLCI menembusi paras 1,700 mata buat kali pertama.
"Peningkatan ini didorong oleh minat terhadap saham perbankan sebagai pelaburan selamat dan kejelasan pendapatan bagi sektor pusat data, konstruksi dan utiliti,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Firma itu menjangkakan keuntungan 2026 akan disokong oleh beberapa IPO syarikat besar dari sektor pelabuhan, kesihatan, hartanah dan pengguna.
Sehingga Januari 2026-YTD, ADV bermula pada RM2.70 bilion, hampir setara dengan tempoh sama tahun sebelumnya.
Kenanga menjelaskan harga sasaran dan unjuran ADV ini adalah wajar, sejajar dengan nilai ADV sejarah 10 tahun Bursa Malaysia, di mana PER 22x turut digunakan.
Bagi 4QCY25 nilai dagangan harian purata (ADV) bagi 4QCY25 dicatatkan pada RM2.67 bilion, naik 3% suku-ke-suku dan 5% tahun-ke-tahun, selari dengan jangkaan.
Bagi keseluruhan tahun CY25, ADV menurun kepada RM2.54 bilion, -19% YoY berbanding RM3.16 bilion pada 2024, disebabkan sentimen lembap susulan pengumuman tarif perdagangan dan langkah anti-involusi China yang menjejaskan pasaran semikonduktor. - DagangNews.com








