Bekas CEO Malakoff, UEM Sunrise Anwar Syahrin meninggal dunia pada usia 53 tahun | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bekas CEO Malakoff, UEM Sunrise Anwar Syahrin meninggal dunia pada usia 53 tahun

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 27 Feb - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malakoff Corp Bhd dan UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib, meninggal dunia pada Jumaat pagi. Beliau berusia 53 tahun.

 

Anwar Syahrin merupakan anak kepada Allahyarham Datuk Abdul Ajib Ahmad, bekas menteri besar Johor.

 

Solat jenazah telah diadakan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara sebelum beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

 

Beliau memimpin Malakoff sebagai CEO dari Disember 2020 hingga September 2025 dan sebelum itu berkhidmat sebagai CEO UEM Sunrise selama enam tahun, dari September 2014 hingga Oktober 2020.

 

Sepanjang kerjayanya, beliau juga memegang jawatan di Shell Malaysia, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan MMC Corp Bhd.

 

Anwar Syahrin pernah berkhidmat sebagai ahli lembaga Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari November 2020 hingga November 2023. - DagangNews.com