Amerika Syarikat iktiraf kepimpinan Anwar dalam rundingan gencatan senjata Kemboja-Thailand | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Amerika Syarikat iktiraf kepimpinan Anwar dalam rundingan gencatan senjata Kemboja-Thailand

Timbalan Jurucakap Utama Jabatan Negara Amerika Syarikat, Thomas “Tommy” Pigott
Oleh JOHARDY IBRAHIM

WASHINGTON 8 Ogos – Amerika Syarikat memuji peranan penting Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memacu usaha keamanan serantau, khususnya dalam memudahkan dialog gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand.

 

Kenyataan itu disampaikan oleh Timbalan Jurucakap Utama Jabatan Negara Amerika Syarikat, Thomas “Tommy” Pigott dalam taklimat media harian di Washington pada Khamis, susulan Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am antara Kemboja-Thailand yang berlangsung di Kuala Lumpur.

 

 

 

 

 

 

Kami memuji Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepimpinan beliau dalam memudahkan proses ini."

 

"Amerika Syarikat juga mengalu-alukan Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am yang diadakan di Kuala Lumpur sebagai langkah awal yang membina ke arah penyelesaian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand,” katanya.

 

 

bas

 

Presiden Donald Trump dan Setiausaha Negara, Marco Rubio turut menggesa kedua-dua kerajaan agar mematuhi sepenuhnya komitmen yang telah dipersetujui serta meneruskan usaha ke arah keamanan yang berkekalan.

 

 

 

 

Mesyuarat khas pada 28 Julai yang berlangsung di Kuala Lumpur dilihat sebagai titik penting dalam usaha diplomatik untuk meredakan ketegangan sempadan antara Phnom Penh dan Bangkok, dengan Malaysia dan Amerika Syarikat memainkan peranan sebagai pengantara utama.

 

Jabatan Negara turut menegaskan semula komitmen Washington untuk menyokong inisiatif keamanan yang dipimpin ASEAN serta memperkukuh kerjasama serantau di Asia Tenggara.. - DagangNews.com