Pemberian vaksin Sinovac segera di Kedah palsu | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pemberian vaksin Sinovac segera di Kedah palsu

Sinovac

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 2 Jun - Masej berkaitan pemberian vaksin Sinovac segera kepada penduduk di Daerah Kuala Muda dan Sungai Petani, Kedah yang tular di media sosial disahkan palsu.

 

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda, Kedah bertindak menafikan masej berkenaan melalui Pasukan Respons Pantas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini.

 

Masej yang tular tersebut mendakwa wujudnya pemberian vaksin Sinovac kepada penduduk yang menetap di Daerah Kuala Muda termasuk individu-individu yang tinggal di Sungai Petai tanpa perlu menunggu janji temu vaksinasi daripada aplikasi MySejahtera.

 

"Pihak PKD Kuala Muda meminta orang ramai agar berhenti menyebarkan masej berkenaan yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

 

"Orang ramai disaran untuk merujuk media sosial rasmi Kementerian/Jabatan/Agensi yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang sahih dari sesama ke semasa," jelas PKD Kuala Muda. 

 

Sehingga semalam, Kedah mencatatkan seramai 125,887 individu yang telah menerima vaksin bagi dos pertama.

 

Sementara itu, seramai 69,940 individu telah berjaya melengkapkan dua dos vaksinasi di negeri berkenaan.

 

Bagi jumlah komulatif keseluruhan di Malaysia, sebanyak 1.1 juta individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 setakat 1 Jun.

 

Seramai 2.0 juta individu telah menerima dos pertama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 3.1 juta bagi tempoh berkenaan. - DagangNews.com