KUALA LUMPUR 1 Mei – Platform perdagangan kenderaan terpakai dalam talian, myTukar Sdn Bhd mencatatkan pendapatan dua kali ganda tahun atas tahun dan rekod penjualan unit untuk Q1 2021 dengan nilai EBITDA yang positif
Syarikat itu juga mengunjurkan pertumbuhan yang menguntungkan untuk sepanjang tahun 2021, disokong oleh pelan berteraskan pelanggan yang agresif di dalam perancangan.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2018, rangkaian myTukar yang terdiri daripada 2,100 pengedar berdaftar dan tujuh belas pusat pemeriksaan yang dibuka setiap hari telah berjaya menguruskan lebih daripada 40,000 unit kenderaan bernilai lebih RM1 bilion.
Menawarkan platform digital yang unik dengan ekosistem yang lengkap untuk menyokong industri kenderaan pra-milik di Malaysia, myTukar kini berada di landasan pertumbuhan yang lebih tinggi diperkukuhkan dengan pelbagai inisiatif yang memfokuskan kepada pelanggan.
Fong Hon Sum, CEO myTukar berkata, pelbagai pencapaian yang telah dikecapi sebelum ini mencerminkan semangat mendalam pasukannya dalam mengubah industri kenderaan pra-milik di Malaysia bagi meningkatkan penggunaan digital, tahap kecekapan dan ketelusan secara keseluruhan di dalam industri.

Beberapa sorotan utama untuk myTukar sepanjang Q1 2021 termasuklah:
- Perluasan dan pembukaan tujuh pusat jualan myTukar baharu di seluruh negara termasuk di Malaysia Timur. Kini, myTukar mempunyai rangkaian 17 pusat pemeriksaan yang mampu menyokong pelanggan di seluruh Malaysia.
- Melancarkan Pusat Pengalaman Jualan bertempat di pusat membeli-belah utama. Pelanggan kini dapat menikmati perjalanan yang lancar ketika membeli dan menjual kereta terpakai di Malaysia.
- Berjaya menggunakan myTukar AI, teknologi pemeriksaan kenderaan autonomi perintis yang menampilkan sistem Pengesanan Kecacatan Kereta berpandukan AI, dan Pengaburan Plet Kenderaan.
Bermula sebagai pelopor di dalam proses digitalisasi industri kenderaan pra-milik hingga memulakan pembangunan transformasi industri, MyTukar kini komited untuk membangunkan penyelesaian inovatif yang akan dimanfaatkan oleh industri automotif secara keseluruhan. - DagangNews.com








