KGW, Universiti Tun Hussein Onn bekerjasama perkasa pelajar dalam pembelajaran langsung logistik dan e-dagang | DagangNews Skip to main content

KGW, Universiti Tun Hussein Onn bekerjasama perkasa pelajar dalam pembelajaran langsung logistik dan e-dagang

KGW dan UTHM jalin kerjasama mewujudkan hab perdagangan perusahaan bagi memperkasakan pelajar dengan pembelajaran langsung dalam logistik dan e-dagang.
Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 14 Ogos - KGW Group Bhd, melalui anak syarikatnya, KGW Logistics (M) Sdn Bhd bekerjasama dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk mewujudkan hab perdagangan perusahaan bagi memperkasakan pelajar dengan pembelajaran langsung dalam logistik dan e-dagang.

 

Dalam satu kenyataan media hari ini, penyedia perkhidmatan logistik itu berkata hab perdagangan perusahaan tersebut akan berfungsi sebagai pusat pembelajaran untuk perdagangan import dan eksport melalui platform dalam talian seperti eBay, Amazon dan Etsy, khususnya menyasarkan pasaran Amerika Syarikat.

 

KGW berkata ia akan akan menyediakan kemudahan di UTHM termasuk bilik khusus seperti gudang, bilik pengumpulan bungkusan dan banyak lagi agar pelajar boleh mengalami aliran kerja dan operasi sebenar sistem logistik dunia nyata.

 

Pengarah Urusan KGW, Datuk Roger Wong berkata, "Kami berbangga menjadi sebahagian daripada revolusi pendidikan ini.

 

“Pendekatan amali kami bukan sahaja membezakan kami tetapi juga sejajar dengan komitmen kami untuk memupuk generasi usahawan akan datang,"

 

Memandangkan UTHM berpangkalan di Johor, KGW berkata projek itu akan menonjolkan komitmen Johor untuk berada di barisan hadapan dalam kemajuan teknologi dan pendidikan. - DagangNews.com