KUALA LUMPUR 13 Feb - Platform komunikasi awan global, Infobip mengumumkan perkongsian dengan China Mobile International (Malaysia) Sdn. Bhd. (CMI Malaysia) berhubung kerjasama pertukaran trafik khidmat pesanan ringkas (SMS) Aplication to Person (A2P).
Selain itu, kedua-dua pihak turut bersetuju memanfaatkan penyelesaian awan untuk membantu perniagaan mengukuhkan tawaran semasa mereka dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan kedua-dua pihak.
Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Infobip, Silvio Kutić berkata, perkongsian ini membolehkan kedua-dua pihak menawarkan pilihan penyelesaian terbaik kepada pelanggan didorong pengalaman Infobip dalam chatbot kecerdasan buatan (AI) dan platform terkini CPaaS.
"Dengan lebih 800 sambungan terus ke telekomunikasi global, kami berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong CMI Malaysia dalam melibatkan pelanggan mereka dengan memanfaatkan Platform Data Pelanggan kami yang teguh, membolehkan segmentasi dan pemprofilan yang diperhalusi.
"Perkongsian ini mewakili komitmen kami untuk menyampaikan penyelesaian unggul yang memenuhi permintaan pelanggan perniagaan yang berkembang.
"Perkongsian antara Infobip dan CMI Malaysia adalah untuk mengukuhkan lagi perniagaan SMS A2P antara kedua-dua pihak, pada masa yang sama ia membolehkan Infobip memanfaatkan sumber rangkaian global kami yang luas dan perkhidmatan awan yang boleh menambah nilai kepada pelanggan Infobip," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan CMI Malaysia, Hew Chee Chung berkata, perkongsian antara Infobip dan CMI Malaysia adalah untuk mengukuhkan lagi perniagaan SMS A2P antara kedua-dua pihak, pada masa yang sama ia membolehkan Infobip memanfaatkan sumber rangkaian global kami yang luas dan perkhidmatan awan yang boleh menambah nilai kepada pelanggan Infobip.
"Kami menjangkakan peningkatan dalam peluang kerjasama perniagaan yang boleh dilaksanakan bersama-sama pada perkhidmatan yang dikenal pasti untuk pelanggan utama tertentu di Malaysia dan di peringkat global.
"Menambah perkongsian dengan Infobip akan membuka laluan kepada pertukaran maklumat produk dan kepakaran yang lebih mendalam termasuk teknologi baru seperti 5G, IoT, Cloud dan Penyelesaian Platform Pintar.
"Akhir sekali, perkongsian dengan Infobip akan menambah nilai kepada portfolio produk dan perkhidmatan masing-masing, bersama-sama rakan kongsi kami untuk berkembang maju dalam industri yang kompetitif ini,” jelasnya.- DagangNews.com








