CROWDFACTOR X – Pertama di Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

CROWDFACTOR X – Pertama di Malaysia

Tayangan hebat rancangan realiti ‘Crowdfunding’ yang akan merangsang minda usahawan Malaysia.

KUALA LUMPUR 1 Mac – CROWDFACTOR X adalah rancangan realiti‘Crowdfunding’ yang akan menampilkan ‘Nation Builders’ terkemuka Malaysia yang akan bertempur untuk pendanaan awam sebanyak AS$1 bilion (RM4.19 bilion).

 

Rancangan ini akan mengikut 8 usahawan Malaysia yang dikenali sebagai ‘Nation Builder’ yang akan membentangkan pelan bisnes kepada panel hakim yang terkenal untuk menilai dan mencari ‘X-factor’ bisnes mereka menentukan siapa pemenang yang akan dinobatkan sebagai ‘Ultimate Nation Builder’.

 

Penerbit veteren rancangan ini, Ernie Chen berkata ‘’Saya dan krew saya akan mempamerkan rancangan yang bukan sahaja menarik dan mempesona penonton, tetapi juga memberi pengajaran dan nilai-nilai penting kepada semua yang hendak mencapai tahap kejayaan ‘Nation Builders’ kami.’’

 

Perbezaan antara ‘Nation Builder’ dan entrepenuer adalah keupayaan mereka untuk membina bisnes yang berjaya dan juga memupuk dan membangun komuniti di persekitaran mereka.

 

CROWDFACTOR X bukan sahaja mendidik penonton tentang bagaimana ‘Nation Builders’ kita bangunkan empayar perniagaan mereka, rancangan ini juga akan mempamerkan bahawa mereka telah melabur semula ke komuniti mereka untuk menggalakkan kemajuan dan perpaduan masyarakat sejagat.

 

Adanya ‘Nation Builders’ dari pelbagai industri seperti Oil & Gas, Pertanian dan Pendidikan, CROWDFACTOR X  membekalkan penonton dengan kepelbagaian industri perniagaan bagi usahawan kini dan akan datang untuk mengambil tunjuk ajar selok belok dunia perniagaan.

 

Mereka akan dinilai berdasarkan impak perniagaan mereka terhadap alam sekitar dan langkah-langkah yang diambil untuk mencapai green economy mengikut taraf ideal WHO.

 

Penaja utama CROWDFACTOR X dan CEO Moneysave, Vincent Soh percaya rancangan ini adalah luar biasa dan unik, dan juga satu-satunya di persada antarabangsa.

 

Beliau juga berkata, misi Moneysave sebagai pendana rancangan ini adalah memperkenalkan penonton kepada pembiayaan alternatif bagi perniagaan selain daripada cara konvensional yang sedia ada.


 

crowd

 


CROWDFACTOR X akan ada 3 episod yang bermula dengan 8 ‘Nation Builder’ dan berubah jumlah setiap episod dengan proses pengundian.

 

Babak suspen rancangan ini sudah tentu akan `menghasut’ orang ramai untuk terus menonton kerana harapan bahawa ‘Nation Builder’ kegemaran mereka akan menjadi pemenang keseluruhan.

 

Tayangan perdana CROWDFACTOR X akan dilangsungkan pada 25 Februari ini.  – DagangNews.com