Crest Builder raih kontrak bina tiga blok kondominium di Bukit Kiara bernilai RM486 juta | DagangNews Skip to main content

Crest Builder raih kontrak bina tiga blok kondominium di Bukit Kiara bernilai RM486 juta

Crest Builder terima kontrak RM486.0 juta daripada Kiaramas Development Sdn Bhd bagi membina kondominium di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Gambar hiasan Naim Aziz Dagang News
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 23 April - Crest Builder Holdings Bhd menerusi Crest Builder Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM486.0 juta daripada Kiaramas Development Sdn Bhd bagi membina kondominium di Bukit Kiara, di ibu negara.

 

Kumpulan itu berkata, surat penerimaan itu melibatkan pembinaan tiga blok kondominium dengan tempat letak kereta.

 

"Kerja-kerja pembinaan akan mengambil masa 42 bulan untuk disiapkan bermula 2 Mei 2024 hingga 1 November 2027.

 

"Pembinaaan projek ini terletak di Lot 3666, 3667 and 3668, Jalan Desa Kiara, Mukim Batu, Kuala Lumpur," kata Crest Builder.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Haily Group terima Surat Anugerah bernilai RM109.5 juta bagi projek pembinaan di Johor

 

crest

 

Menurut pemakluman tersebut, Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan seterusnya.

 

Kontrak itu juga tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham terbitan dan berbayar ke atas pegangan saham Crest Builder. - DagangNews.com