Wasiyyah Shoppe Berhad menyebarkan Ilmu Fiqh Mawarith ke seluruh dunia | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 21 February 2024

WASIYYAH SHOPPE BERHAD MENYEBARKAN ILMU FIQH MAWARITH KE SELURUH DUNIA

 

 

 

KETIKA menulis artikel ini, saya berada di bumi Muscat, Oman. Namun seperti yang telah saya amalkan selama ini, di mana pun saya berada di seluruh dunia, saya akan tetap menulis di kolum Anekdot Mawarith ini untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang mungkin bermanfaat untuk para pembaca.  

 

Permusafiran saya ini seperti biasanya ialah dengan tujuan untuk menyebarkan dakwah fiqh mawarith kepada masyarakat di sini sambil-sambil menikmati keindahan alam semulajadi Oman yang sangat menakjubkan.

 

Orang Oman memang lebih ramah berbanding dengan negara arab yang lain. Sangat mudah untuk berkomunikasi dengan mereka kerana kebanyakannya boleh berbahasa Inggeris.

 

Alhamdulillah selepas beberapa mesyuarat dengan pihak-pihak berkepentingan di sini, saya mendapat maklumbalas yang sangat baik dan mereka sangat teruja melihat kecekapan aplikasi mudah alih Wasiyyah Shoppe Berhad, Hibah Digital Document.

 

 

wasiyyah

 

Walaupun aplikasi wasiat lebih dikenali berbanding hibah di bumi Oman ini, mereka terbuka untuk menerima hibah. Mereka memang sedang mencari-cari kaedah pembahagian harta yang patuh Syariah. Hibah bukanlah satu amalan kebiasaan masyarakat di sini.

 

Sebagai sebuah negara Islam yang sedang pesat membangun, umat Islam di Oman juga berdepan dengan masalah harta pusaka yang semakin kronik. Perbalahan keluarga akibat perebutan harta pusaka semakin meningkat.

 

Untuk membolehkan hibah dilaksanakan secara berkesan di Oman, ada banyak kerja pembangunan ekosistem perundangan dan Syariah yang perlu dilihat.

 

Ada banyak perbincangan akademik aktif yang perlu dibuat dalam kalangan Kementerian Agama, Mahkamah Syariah, institusi kewangan dan pengamal undang-undang di sini kerana di mana mereka berada hari ini di dalam urusan harta pusaka ialah di mana Malaysia berada 20 tahun yang lepas apabila Wasiyyah Shoppe Berhad mula memasuki industri.

 

Insya-Allah pengalaman saya berlari marathon 26 tahun dalam industri perancangan harta secara Syariah di Malaysia akan saya gunakan sebaiknya untuk membantu umat Islam Oman merancang harta mereka.  

 

Sebenarnya apa sahaja dokumen perancangan harta yang dibuat ia mestilah BERKUAT KUASA mengikut undang-undang negara berkenaan.

 

Tiada gunanya kita membuat dokumen perancangan harta tetapi selepas kita mati dokumen itu tidak boleh dikuatkuasakan. Ramai masyarakat Malaysia yang salah faham kerana beranggapan bahawa ada dokumen saja sudah mencukupi. Semua perkara dah selesai.

 

Kerana itu ramai yang tersalah langkah dengan  memilih opsyen untuk menyediakan dokumen perancangan harta ‘cheap sale’ yang harganya semurah ayam gunting kerana merasakan tidak perlu membayar banyak untuk tujuan ini.

 

Mereka memilih berdasarkan harga dan bukan berdasarkan keberkesanan dokumen itu. Akhirnya selepas mereka mati, dokumen itu tidak boleh dikuatkuasakan. Kasihan kepada waris-waris.

 

Usaha memastikan semua dokumen ini berkuat kuasa mengikut undang-undang semasa dan dalam masa yang sama patuh Syariah bukanlah usaha yang mudah.

 

Di Wasiyyah Shoppe Berhad semenjak 20 tahun lepas, kami meluangkan masa, tenaga dan wang yang sangat banyak bagi membuat penyelidikan ilmiah bagi perkhidmatan perancangan harta yang kami ingin perkenalkan kepada masyarakat. Kami bekerjasama dengan memberi universiti geran penyelidikan.

 

 

wasiyyah

 

 

Dapatan dari penyelidikan ilmiah ini kemudiannya dibentangkan di dalam satu muzakarah yang mengumpulkan puluhan pakar berpengalaman di dalam undang-undang Syariah dan Sivil.

 

Mereka memberikan input bagaimana untuk menambah baik dan menyelaraskan dapatan penyelidikan ini mengikut peruntukan undang-undang supaya ia dapat dikuatkuasakan.

 

Hasil muzakarah ini kemudiannya dibawa ke Jawatankuasa Teknikal Syariah untuk diperhalusi dan dicadangkan bentuk perkhidmatan yang sesuai. Akhirnya perkhidmatan ini dibawa ke Panel Syariah kami untuk kelulusan.

 

Hanya perkhidmatan yang telah mendapat kelulusan Panel Syariah sahaja yang boleh kami perkenalkan kepada masyarakat.

 

Kenapa Wasiyyah Shoppe Berhad bersusah-payah melalui semua proses ini ? Sebagai syarikat amanah patuh Syariah, kami sangat memahami hakikat bahawa apa sahaja yang kami lakukan hari ini, kami akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

 

Apa yang kami lakukan hari ini bukanlah bermatlamatkan duniawi semata-mata.

 

Oleh itu kami sangat serius dalam memastikan apa sahaja perkhidmatan yang kami perkenalkan itu benar-benar patuh Hukum Syarak dan boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang berkenaan.

 

Kami faham kesukaran yang bakal dihadapi waris sekiranya dokumen perancangan yang dibuat oleh ibu bapa mereka itu gagal berfungsi seperti yang diharapkan.

 

parafrasa

 

 

Perkhidmatan Wasiyyah Shoppe Berhad tidak dibangunkan berdasarkan pandangan, ilmu dan pengalaman peribadi Panel Syariah kami sahaja.

 

Sebaliknya ia merupakan satu disiplin ilmu yang merangkumi usaha akademik kolektif yang sangat komprehensif dengan mengintegrasikan kepakaran puluhan individu berpengalaman.  

 

Saya suka mengajak masyarakat untuk melihat kepada latarbelakang Panel Syariah dan proses keilmuan yang berjalan di dalam sesuatu orgnisasi itu apabila mereka memilih untuk menggunakan perkhidmatan pihak mana bagi tujuan menyediakan dokumen perancangan harta mereka.  

 

Pastikan organisasi itu benar-benar berpengalaman, mempunyai trek rekod yang baik dan dokumennya terbukti berkesan. Wasiyyah Shoppe Berhad memenuhi semua ciri-ciri ini hasil pengalaman 20 tahun kami.

 

Jangan sekali-kali berpandangan bahawa buat sahajalah  apa bentuk dokumen pun dengan mana-mana pihak sekalipun asalkan dokumen itu dibuat.

 

Membuat dokumen perancangan harta itu penting, namun yang jauh lebih penting lagi ialah untuk memastikan dokumen-dokumen itu mestilah boleh BERKUAT KUASA mengikut undang-undang.

 

Buatlah dokumen perancangan harta anda dengan Wasiyyah Shoppe Berhad.

 

 

wasiyyah
Tn Hj Ariffin Sabirin adalah Pengasas dan CEO Wasiyyah Shoppe Berhad

 

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL ANEKDOT MAWARITH

 

dagangnews

  

Portfolio Tags