AJK SIGGRAPH Amerika Syarikat | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
WAINUIOMATA - 14 January 2021

AJK SIGGRAPH Amerika Syarikat

 

 

PEMOHON-PEMOHON jawatan setiausaha terpaksa mengambil masa untuk datang ke UAE. Dalam masa dua minggu hingga sebulan. Untuk bercuti dari kerja dan menuju Dubai.

 

Saya memanggil tiga orang dahulu untuk datang dari Lebanon, Maghribi dan Tunisia seperti pilihan Hamed Kazim. Teruk juga untuk membuat panggilan jauh ke negara-negara tersebut dan tiada yang bercakap Inggeris.

 

Pemohon lain dipanggil selepas temuduga ini. Ketiga-tiga pilihan Hamed dan saya akur.

 

BACA WAINUIOMATA : Syarat jadi setiausaha Arab mesti bujang

 

Dalam pada waktu itu,  saya bersedia untuk presentation yang pertama dari AT&T. Presidennya dan dua orang sudah tiba dari Amerika dan sudah siap. Saya dengan Hamed Kazim, pengurus kewangan dan dua orang dari Sweden dan USA.

 

Presentation berjalan dengan baik selama setengah hari. Dapat mengetahui besarnya AT&T, syarikat telekomunikasi terbesar di dunia.

 

dubai

 

Presentation sebagai rakan kongsi Dubai Internet City cukup memuaskan. Untuk melawan Etisalat, monopoli Telekom di UAE pada masa itu.

 

Itu adalah Hamed untuk dunia telekomunikasi UAE dengan satu lagi syarikat untuk bertempur dengan Etisalat yang untuk berbilion. Pada kiraan Hamed, Dubai dengan banyak syarikat Zon Bebas iaitu sebanyak 4,000 lebih masa itu boleh memberikan keuntungan.

 

Saya tidak tahu kenapa saya yang dipilih untuk menjalankan kerja sebegini. Mungkin Hamed membaca artikel saya tentang MSC.

 

Hamed memberitahu saya ada peluang untuk bekerjasama. Saya akur menanti Singtel dan French Telecom.

 

Presiden AT&T memang baik dengan saya yang melayan kedatangannya. Kami keluar makan pada waktu malam dan bercerita tentang Amerika.

 

Amerika bukan asing buat saya. Saya telah melawat 31 buah negeri di Amerika termasuk Hawaii.

 

Saya pernah menganggotai SIGGRAPH (Special Interest Group on Computer Graphics and Interactive Techniques)  Amerika Syarikat pada tahun 1992 hingga 1994 sewaktu di TV3.

 

SIGGRAPH

 

Saya mendapat menjadi AJK SIGGRAPH seorang sahaja yang bukan dari Amerika setelah pertandingan diadakan di Los Angeles. Pada waktu itu saya mengikuti rombongan ke pertunjukaan di San Francisco, Los Angeles, Sacramento dan San Diego pada tahun 1992.

 

Saya berminat untuk menganggotai SIGGRAPH sebagai sukarelawan kerana antara faedah ialah penerbangan percuma ke Amerika Syarikat selama menjadi AJK. Penerbangan percuma untuk bukan orang Amerika yang belum pernah ada dalam AJK.

 

Saya mendapat brosur dari pertunjukkan dan terus ke tempat mesyuarat dan kebetulan ada pemilihan untuk tiga tahun, 1992 hingga 1994.

 

Saya berfikir kenapa tidak? Orang bukan kenal saya dan saya tidak kenal sesiapa. Saya mesti mencuba dengan memperkenalkan diri.

 

Saya memberanikan diri di mesyuarat pemilihan dengan bangun berucap di tengah-tengah dewan di Los Angeles yang di hadiri ramai. Saya tidak kesah dengan ramai orang sukarelawan dan beratur untuk berucap.

 

Tiba giliran saya dengan berkata saya dari Malaysia dan mahu melaksanakan apa yang SIGGRAPH cadangkan. Tiada SIGGRAPH di Malaysia dan mahu menjadi penghubung untuk kewujudan di Malaysia. Hadirin diam.

 

Di mana Malaysia, mungkin ada bertanya. Waktu itu, Malaysia masih asing lagi untuk orang Amerika.

 

Itulah niat saya. Sebenarnya lebih kepada penerbangan percuma ke Amerika Syarikat di mana sahaja. Tahun depan di New Orleans dan Houston.

 

Ini mengingatkan saya sewaktu belajar di New Zealand selama lima tahun. Saya tidak mahir berbahasa Inggeris dan belajar Shakespeare di Tingkatan Tujuh untuk peperiksaan HSC dan Bursary. Saya lulus untuk masuk ke universiti. Saya dan dua orang sahabat, Azmy dan Nizarulail sepatutnya berada di Tingkatan Enam tetapi Wainuiomata College menyuruh kami ke Tingkatan Tujuh.

 

Kami lulus HSC dengan baik dan saya berjaya ke Universiti Waikato.

 

waikato

 

Saya hanya bercakap tiga minit di Amerika kerana ramai calon yang bertanding. Ada pelajar, pensyarah dan teknokrat. Masing-masing hebat. Saya berdebar tetapi seronok untuk bertemu dengan ramai calon.

 

Setelah dikira dari pengundian, saya menang antara 10 AJK yang berjaya dengan undi yang antara terbanyak!

 

Saya gembira dan terus dimasukkan dalam ahli AJK SIGGRAPH Amerika yang pertama bukan dari Amerika.

 

Selama tiga tahun saya berjalan percuma di Amerika dan melawat 31 negeri di Amerika. Kadang-kadang dua kali setahun ke Amerika atas undangan SIGGRAPH.

 

Bertemu dengan anggota SIGGRAPH yang kerjaya dalam grafik komputer menambahkan pengalaman. Hanya kemudian pada tahun 2008, SIGGRAPH Asia diwujudkan.

 

Begitulah cerita saya kepada presiden AT&T yang terkejut kerana saya pernah menjelajah Amerika, dia pun tidak pernah melawat 31 negeri!

 

Mohd Fudzail Mohd Nor adalah Karyawan Tamu di UniSZA dan telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com

 

 

 

 

Portfolio Tags