5 bulan bangunkan 1stdubaiinternetcity | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
WAINUIOMATA - 18 February 2021

5 bulan bangunkan 1stdubaiinternetcity

 

 

SAYA telah pindah ke bangunan pertama di Dubai Internet City. Siap sepenuhnya setelah hampir setahun dibina. Saya duduk di tingkat satu.

 

Setelah hampir seminggu, pasukan Jabatan Pembangunan Bisnes dan Korporat telah ditubuhkan dengan lima orang kakitangan. Ketua jabatan adalah Mr MR dari India dengan kakitangan dari UAE, Jerman dan Perancis, serta saya dari Malaysia.

 

Kami mengadakan pertemuan pertama secara santai, minum pagi di pejabat untuk memperkenalkan diri masing-masing. Semua kelihatan relax untuk memperkenalkan diri dengan ketawa seolah-olah sudah kenal lama.

 

Mr MR cukup berpengalaman dalam bisnes setelah bertahun-tahun di Etisalat. Beliau banyak terlibat di dalam pengurusan peringkat antarabangsa dan selalu ke luar negara.

 

BACA MINGGU LEPAS : Tiada lagi Hamed, CEO baharu tukarkan ke jabatan lain

 

MT dari UAE baru pulang dari Amerika Syarikat dengan pengalaman yang luas untuk mencari bisnes dalam kalangan korporat. DG dari Jerman, seorang wanita pun berpengalaman di Eropah dan UAE. Manakala TW dari Perancis juga banyak pengalaman antarabangsa yang mencabar di beberapa buah negara.

 

Cuma saya seorang tiada pengalaman antarabangsa kecuali di New Zealand dan Arab Saudi, dan kini di UAE. Saya tidak segan untuk memberitahu pengalaman di TV3 walau hanya di Malaysia, saya telah banyak ke Eropah dan Amerika Syarikat.

 

Pengalaman saya menarik minat untuk mereka mendengar dan menyuruh saya bercerita. Saya teruja dan gembira.

 

Saya berkata pertama kali ke Amerika Syarikat setelah dua bulan di TV3. Saya menempah tiket 2 minggu dan menukar penerbangan kelas bisnes kepada ekonomi. Dari pertukaran itu, saya dapat melawat 12 negeri. Saya tidak menyangka penerbangan di dalam Amerika adalah murah sahaja.

 

wainouimata

 

Saya pergi ke Los Angeles dan San Francisco kemudian ke 11 negeri lain. Di Los Angeles berjalan seharian di Beverly Hills untuk bertemu bintang-bintang Hollywood dan berjalan di Walk of Fame. Saya melawat Universal Studios dan Disneyland untuk merasai pengalaman yang menggembirakan.

 

Saya duduk di Beverly Hills hingga malam untuk menikmati kemeriahan Hollywood dan berjalan di segenap pelusuk. Melihat pelancong-pelancong yang sentiasa ramah dengan bersangka baik.

 

Kemudian ke San Diego, San Jose, Sacramento sebelum ke San Francisco untuk seminar selama tiga hari. Sepanjang di San Francisco saya berjalan ke tempat-tempat menarik termasuk bersantai di Fishermen Wharf. Saya duduk di situ hampir ke tengah malam.

 

Di San Francisco, saya pergi ke tempat hiburan dan nyaris ditembak oleh sekumpulan geng kulit hitam. Setelah menanti hampir sejam oleh polis, kami dilepaskan. Itulah peristiwa yang menakutkan.

 

wainouimata

 

Malam sebelum itu, disebabkan tidak boleh tidur sebab Malaysia hampir 24 jam beza waktu, saya keluar ke kelab malam. Bergaduh dengan geng kulit hitam yang mengeluarkan pistol. Saya lari lintang-pukang.

 

Selepas itu, saya ke Las Vegas untuk seminar dan terus berjalan ke negeri-negeri lain selama dua minggu. Di Las Vegas saya pergi ke padang pasir untuk membeli pakaian murah dan ke tempat-tempat terlarang. Saya hanya melihat wanita-wanita yang berpeleseran.

 

Kawan-kawan baru terkejut. Saya berkata itu baru tahun pertama di Amerika Syarikat, belum lagi dua tahun selanjutnya. Pada tahun itu, saya menjadi AJK Siggraph dan boleh pergi ke Amerika Syarikat dengan percuma dan berjalan ke 41 negeri.

 

Lagi mereka terkejut.

 

Sementara di Eropah boleh dikatakan sampai tiga kali setahun saya pergi. Dari England, Scotland, Ireland, Jerman, Perancis, Belgium, Itali, Sepanyol dan lain-lain.

 

wainouimata

 

Kawan-kawan saya terkejut kerana mereka tidak pernah sampai.

 

Akhirnya mereka menghormati saya yang luas pengalaman lebih dari mereka. DG seorang wanita belum berkahwin dari Jerman terus baik dengan saya dan kami rapat untuk bertukar-tukar fikiran. DG hanya duduk di Jerman, UAE dan beberapa negara Eropah, belum pernah lagi ke Amerika.

 

Saya diberi lima tugas untuk memantapkan Dubai Internet City. Tetapi yang paling utama ialah melancarkan pusat inovasi terbarunya untuk ekosistem bisnes yang akan membolehkan para usahawan, pelajar dan start-ups, mengubah idea kreatif menjadi kejayaan komersial.

 

Diberi nama 1stdubaiinternetcity. Setelah sehari memikirkan nama dan kami bersetuju serentak.

 

Ruang akan menjadi inkubator perniagaan pertama akan bertindak sebagai pemangkin untuk menyokong kepelbagaian industri.

 

wainouimata
PEJABAT pertama 1stdubaiinternetcity.

 

Dengan menyediakan kemudahan canggih dan khusus di pusat baru, 1stdubaiinternetcity  juga akan menawarkan latihan dan bimbingan yang berfokus pada industri kepada anggotanya, di samping ruang kerja, pejabat, dan kawasan komuniti yang dinamik yang sesuai untuk menginspirasi kreativiti.

 

Persekitaran yang rancak ini akan memungkinkan industri untuk berhubung di semua peringkat melalui acara rangkaian di seluruh komuniti, akses kepada pelabur dan penyelidikan pasaran terkemuka di dalam industri.

 

Kemudahan 1stdubaiinternetcity akan menyediakan makmal prototaip yang unik, menawarkan peralatan terkini, termasuk pencetak 3D, elektronik dan jentera moden untuk pereka yang menggunakan logam, kayu, plastik dan tekstil.

 

Anggota juga akan mempunyai akses ke perpustakaan bahan mentah khusus dan stesen kerja reka bentuk untuk membantu mengembangkan konsep mereka menjadi prototaip dengan sokongan mentor dan pakar dalam bidang reka bentuk.

 

Rangsangan landskap permulaan hingga 1stdubaiinternetcity, telah memperkuatkan peranan Dubai sebagai pusat inovasi rantau ini dan posisinya dalam mewujudkan ekosistem permulaan yang mentor dan membantu memenuhi aspirasi global.

 

Melengkapi komuniti usahawan 1stdubaiinternetcity adalah beribu-ribu perniagaan antarabangsa di seluruh komuniti perniagaan Dubai Internet City yang telah mewujudkan persekitaran perkongsian pengetahuan, menjadikan Dubai sebagai destinasi yang menarik bagi para usahawan baru untuk ditubuhkan.

 

wainouimata
ANTARA bangunan terawal disiapkan di 1stdubaiinternetcity.

 

Projek ini dalam jangka masa 5 bulan dan saya diberi Dirham 5 juta. Pemberian wang tanpa soalan dan disuruh menyiapkan dengan saya seorang melakukannya dan guna kreativiti saya sendiri bagaimana 1stdubaiinternetcity akan tergambar dan muncul.

 

Saya teruja dan ilham datang dengan banyak. Itulah permulaan yang mencabar untuk saya yang berijazah teknoloji maklumat dan matematik. Diberi kerpercayaan untuk bisnes yang pertama di Dubai Internet City.

 

Untuk kreatif dan inovasi. Saya baru teringat saya datang ke New Zealand untuk menjadi arkitek dan saya berpeluang menjadi seorang arkitek dengan reka bentuk 1stdubaiinternetcity. Saya diberi kepercayaan 100% untuk menyelesaikan tugas dalam 5 bulan.

 

Namun begitu, tiba-tiba Muhammad Gergawi menelefon!

 

(Bersambung)

 

 

Mohd Fudzail Mohd Nor adalah Karyawan Tamu di UniSZA dan telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com

 

BACA JUGA WAINIOMATA : Aktif gerakan reformasi 1999, TV3 buang kerja!!!

dan

Gergawi tanya : Are you on the take?

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags