Harga rumah mahal, fakta atau auta? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Apa Kata Media Cina - 29 January 2022

HARGA RUMAH MAHAL, FAKTA  ATAU AUTA?

Nanyang Siang Pao, 27 Jan 2022

 

 

 

KEBELAKANGAN ini sering terdengar rungutan kawan-kawan yang baru melangkah ke alam pekerjaan, mengenai harga rumah di pasaran terlalu mahal dan tidak tahu perlu menunggu berapa lama untuk memiliki rumah sendiri.

 

Bagaimana mereka membuat kesimpulan ini? Difahamkan mereka menggunakan perbandingan gaji graduan dengan harga rumah.

 

Sebagai contoh, 20 tahun dahulu gaji permulaan graduan mungkin sekitar RM1,800 dan harga rumah adalah RM200,000. Hari ini, gaji permulaan graduan adalah sekitar RM2,500 tetapi harga rumah pula sudah mencecah RM800,000.

 

Sudah tentu perbandingan seperti ini membuatkan orang kecewa kerana jurang antara gaji permulaan dan harga ruah terlalu besar. Walau bagaimanapun, terdapat kepincangan dalam perbandingan ini.

 

Pertamanya, adalah kaedah perbandingan, gaji permulaan graduan adalah tidak dinamik tetapi harga rumah adalah dinamik. Kita ketepikan dulu beberapa faktor spekulatif, harga perumahan mencerminkan tahap kekayaan sosial.

 

Sekiranya ekonomi negara berkembang dengan baik dan pendapatan rakyat meningkat, maka secara semula jadinya permintaan terhadap perumahan akan meningkat dan seterusnya menaikkan harga rumah.

 

Adalah tidak masuk akal apabila kita menggunakan perbandingan gaji permulaan graduan dengan harga rumah dinamik.

 

Oleh itu, perbandingan yang adil adalah seperti berikut:-

Adam baru bekerja dengan permulaan gaji RM2,000 dan harga rumah pula adalah RM200,000.

Selepas 20 tahun, andai kata gaji Adam telah dinaikkan sehingga RM20,000 dan harga rumah pula telah mencecah RM1 juta.

Maka, gaji Adam telah meningkat sebanyak 10 kali ganda manakala harga rumah pula sebanyak 5 kali ganda.  

 

Dari perspektif ini, pendapatan Adam meningkat lebih cepat daripada harga rumah.

 

Jika selepas 20 tahun, gaji Adam hanya meningkat kepada RM10,000, maka pendapatannya dan harga rumah adalah setanding, jadi tidak akan timbul situasi di mana ‘harga rumah semakin tidak mampu untuk dibeli’.

 


 

rumah

 


 

Kedua, adalah lambakan graduan yang semakin meningkat, tetapi peningkatan perumahan tidak semestinya cepat.

 

Jumlah graduan adalah sama seperti populasi penduduk, hanya terus meningkat dan tidak berkurang.

 

Oleh itu, kadar pertumbuhan ekonomi negara perlu cepat untuk menerima pengisian graduan-graduan ini.

 

Dan sudah tentu, gaji permulaan graduan akan bermula dari tahap yang sangat rendah.

 

Dengan erti kata lain, ‘melatih’ graduan bukan atas sebab persaingan pasaran tetapi jumlahnya adalah ditentukan oleh pihak universiti sendiri, sebahagian besarnya adalah universiti kerajaan.

 

Selain itu, bagi kursus yang tidak popular atau tiada masa depan, pihak universiti akan mengambil masa bertahun-tahun untuk memutuskan sama ada untuk mengekalkannya atau tidak.

 

 

 

apa

 

 

 

Sebaliknya, permintaan terhadap perumahan hampir 100 peratus adalah ditentukan oleh pasaran.

 

Pemaju boleh membina banyak perumahan, tetapi jika ia melebihi kapasiti beban pasaran, mereka akan kehilangan jualan dan mengalami kerugian.

 

Dengan ini, bekalan perumahan akan lebih fleksible dan harga pasaran juga lebih mampu milik.

 

 

 

apa

 

 

 

Oleh yang demikian, rumah adalah lebih kompetitif berbanding graduan dan rumah yang mempunyai lokasi strategik semakin sukar untuk dimiliki.

 

Jadi ramai graduan enggan menerima realiti bahawa segulung ijazah yang dikejar selama ini, nilainya semakin susut setiap tahun.- DagangNews.com

 

 

Artikel-artikel ini disiarkan di dalam akhbar Nanyang Siang Pao 27 Januari 2022 dan telah diterjemah oleh Ninie atau nama sebenarnya, Rosni Mahadi yang merupakan penterjemah profesional termasuk di pelbagai jabatan kerajaan sebelum ini. - DagangNews.com

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL APA KATA MEDIA CINA

Portfolio Tags