Guinness World Records iktiraf Pocky sebagai jenama biskut disalut coklat terlaris | DagangNews Skip to main content

Guinness World Records iktiraf Pocky sebagai jenama biskut disalut coklat terlaris


KUALA LUMPUR 15 Okt. - Pocky diiktiraf jenama biskut disalut coklat paling laris di dunia oleh Guinness World Records. 

Lebih menarik, pengiktirafan itu dianugerahkan menjelang Hari Pocky pada 11 November hadapan.

Diasaskan pada tahun 1966, Pocky merupakan produk Jepun paling lama dijual oleh pengeluarnya, Ezaki Glico.

Menurut hypebeast.com, selain menjadi kegemaran makanan ringan di Jepun dan negara Asia lain, Pocky telah menembusi ke segenap Amerika Utara.

Setakat 2019, Pocky telah menghasilkan AS$589.9 juta jualan global. 

 

pocky

 

Bagi meraikannya, Glico akan mengeluarkan edisi istimewa pakej Pocky yang memaparkan logo Guinness World Record.

Selain itu, beliau juga bakal menganjurkan majlis lanjutan bagi sambutan Hari Pocky pada tahun ini. 

11 November dipilih sebagai Hari Pocky kerana bentuk makanan itu seperti nombor 1 dan diperakui oleh Japan Anniversary Association sebagai "Pocky & Pretz day" di Jepun. - DagangNews.com