FedEx umum pusat utama penghantaran bagi pemeriksaan barang berbahaya di Malaysia | DagangNews Skip to main content

FedEx umum pusat utama penghantaran bagi pemeriksaan barang berbahaya di Malaysia

KUALA LUMPUR 8 Julai -  Syarikat pengangkutan ekspres terbesar dunia, FedEx Corp. melalui anak syarikatnya FedEx Express (FedEx) mengumumkan pusat utama bagi penghantaran barang berbahaya dalam usaha meningkatkan jalinan hubungan Selatan Malaysia ke seluruh dunia.

Menurut Pengarah Urusannya, SC Chong, perkhidmatan tersebut membolehkan pelanggan merasai pengalaman penghantaran yang menyeluruh dan pengoperasian tersebut bermula di Senai Gateway, Johor.

"Penghantaran akan dibungkus, dilabel dan dihantar melalui FedEx. Kesemua jenis barang berbahaya diterima dalam perkhidmatan ini kecuali yang dikategorikan sebagai bahan letupan Kelas 1 dan barangan radioaktif Kelas 7. Pelanggan juga harus memastikan barangan yang akan dihantar mematuhi peraturan barangan berbahaya di bawah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) sebelum dihantar melalui International Priority (IP) dan International Priority Freight (IPF).

FedEx

"Kemudahan penghantaran ini tepat pada masanya kerana kami juga berperanan untuk menghantar barang keperluan COVID-19. Perkhidmatan yang dipertingkatkan ini juga adalah satu cara untuk kami menyokong syarikat dari pelbagai latar belakang untuk mengembangkan lagi jejak pasaran antarabangsa mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Johor kini lebih bersedia menjadi kuasa besar ekonomi dengan penarikan pelabur paling tinggi berjumlah RM93 bilion dalam sektor pembuatan dari 2013 hingga 2016 sekali gus menjadikan Senai Gateway sebagai kemudahan terbaharu FedEx selepas Johor Station di Iskandar Puteri.

Jelas Chong lagi, pengumuman itu juga adalah sebagai bukti kepada pelaburan jangka panjang pihaknya di Malaysia dan terus komited untuk memenuhi segala keperluan pelanggan dengan kemudahan penghantaran bahan.

"Senai Gateway juga menawarkan peningkatan jumlah transit harian bagi penghantaran TNT seluruh dunia ke Johor serta dan kelebihan sama bagi transit TNT Economy Express bagi Asia Road Network (ARN) dari Thailand ke Johor," jelasnya lagi. - DagangNews.com