Skip to main content

Ekonomi China menjadi enjin ekonomi dunia: tinjauan

Keluaran dalam negara kasar per kapita China meningkat daripada $6,100 kepada lebih daripada $12,000 sejak sepuluh tahun yang lalu

KIRA-KIRA 78.34% responden dari 22 negara percaya bahawa ekonomi China telah menjadi enjin ekonomi dunia, menurut tinjauan bersama yang dijalankan oleh CGTN Think Tank dan Chinese Institute of Public Opinion di Renmin University of China.

 

Tinjauan berkenaan telah menemu bual responden yang secara purata berumur 38.64 tahun dari negara-negara maju seperti AS, UK, Australia, Jepun serta negara-negara sedang membangun seperti Brazil, India, Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan.

 

Lebih separuh responden memiliki pendidikan yang tinggi dengan 54.71% memiliki ijazah sarjana muda atau ke atas, yang mana 15.22% berkelulusan ijazah sarjana dan doktor falsafah.

 

Enjin ekonomi dunia 

Kajian menunjukkan bahawa 91.46% responden dari Africa memberi pujian tinggi terhadap pencapaian ekonomi China, percaya bahawa China telah menjadi enjin ekonomi dunia.

 

Responden dari Eropah mengikuti rapat dengan 81.6%, manakala responden dari Amerika Utara menduduki tempat ketiga dengan 78.09%.

 

Ia juga menunjukkan bahawa 84.13% responden dari negara-negara dalam Inisiatif Jalur dan Jalan memberi pujian tinggi terhadap pencapaian ekonomi China. Sementara itu, 84.02% responden dari negara-negara sedang membangun yakin terhadap ekonomi Cina.

 

Dari segi harapan masa depan, 76.23% responden menjangkakan bahawa China akan memainkan peranan yang amat penting dalam menggalakkan pembangunan ekonomi global.

 

china

 

Orde dunia masa depan 

Hanya 6.31% responden daripada tinjauan tersebut percaya bahawa dunia akan menjadi unipolar pada masa akan datang dan didominasi oleh AS, sementara 34.55%, kumpulan terbesar, berpendapat bahawa dunia multipolar merupakan prospek yang paling berkemungkinan.

 

Kira-kira 56% daripada ekonomi maju dan baru muncul mengatakan sebab sebenar ahli-ahli politik Barat mempromosikan "Ancaman China" ("China Threat") adalah disebabkan oleh "tekanan dan kebimbangan" mereka terhadap kebangkitan China.

 

Konsep "sebuah komuniti dengan masa depan dikongsi bersama" China yang menekankan umat manusia secara keseluruhan dan mencari laluan baharu untuk mengelakkan konfrontasi, disokong oleh 61.29% daripada mereka yang disoal selidik.

 

Pembangunan teknologi pesat China

Dari segi pembangunan teknologi China yang pesat, responden paling kagum terhadap pembangunan 5G, kecerdasan buatan dan kereta api berkelajuan tinggi.

 

Di Afrika, 73.87% responden paling berasa kagum dengan 5G China dan 55.28% responden memuji kereta api berkelajuan tinggi negara ini. Di Eropah, 52.77% responden berasa kagum dengan kemajuan negara dalam kecerdasan buatan.

 

china

 

Kualiti kehidupan rakyat Cina yang dipertingkat

Keluaran dalam negara kasar per kapita China meningkat daripada $6,100 kepada lebih daripada $12,000 sejak sepuluh tahun yang lalu, yang mana 76.65% responden percaya bahawa ia luar biasa. Dalam tinjauan tersebut, lebih 70% responden dari lima benua ini percaya bahawa China menjadi semakin kaya.

 

Terdapat hampir 100 juta orang miskin luar bandar di China yang telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam dekad yang lalu dan sebahagian besar responden percaya dua sebab utama ialah ekonomi China mengekalkan pertumbuhan yang pesat dan pemimpin-pemimpin China berazam dan melangkah dengan teguh menuju matlamat mereka.

 

Menurut tinjauan tersebut, majoriti bersetuju tentang pendekatan China terhadap hak asasi manusia dan 57.36% daripada individu yang disoal selidik bersetuju dengan kenyataan bahawa "China sentiasa memperlakukan hak asasi manusia secara realistik dan praktikal." - DagangNews.com

 

Sumber CGTN/PRNewswire