Skip to main content

Dr Azizan Osman ambil masa sedekad buat persiapan masuki pasaran Indonesia

MERREPAK oleh JOHARDY IBRAHIM

 

 

 

PADA 30 Julai baru-baru ini, RichWorks International Sdn. Bhd. mencatat sejarah baharu apabila mengadakan sesi bimbangan kepada 200 usahawan Indonesia di Jakarta.

 

Kisah kejayaan pengasas dan mentor usahawan jutawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman bukan sahaja terhad di dalam Malaysia tetapi juga negara-negara jiran.

 

Sebenarnya RichWorks ada peluang untuk memasuki Indonesia pada 2012, namun ketika itu Dr Azizan mengakui sendiri bahawa “kami belum bersedia, tiada lagi pasukan dan struktur yang kukuh”.

 

Indonesia mempunyai peluang pasaran yang besar dengan populasi berjumlah 279.5 juta penduduk. Fakta ini diketahui semua ahli perniagaan yang bercita-cita mengembangkan produk mereka.

 

Malah, seandainya beliau berkeras ketika itu untuk teruskan sahaja, berkemungkinan besar berdepan risiko terlepas peluang dan kepercayaan yang diberikan pihak-pihak yang mahu melihat perkara itu berjaya.

 

Dr Azizan mengambil keputusan untuk undur ke belakang meskipun ada peluang itu. Undur pada 2012 itu adalah langkah strategik.

 

Beliau memilih untuk memperkuatkan organisasi dan pengurusan, hasilkan lebih banyak pencapaian dengan membimbing lebih ramai usahawan jutawan.

 

“Biar kita mulakan dengan langkah yang betul. Jika mahu bermain dalam permainan yang besar, kena ada kapasiti untuk menguruskannya.

 

“Tidak boleh main terjah saja. Meskipun saya berpegang kepada prinsip fast action and fast result, persistent namun saya juga percaya tentang kesediaan.

 

“Bila kita bersedia, aturan Allah yang sebaik-baik perancang melorongkan jalan yang baik. RichWorks dipertemukan dengan rakan niaga Indonesia yang menyokong misi dalam memberi nilai dan manfaat kepada orang lain,” kata Dr. Azizan.

 

richworks

 

Penuhi permintaan Indonesia

RichWorks sejak 2008 telah melatih dan membimbing sekitar 1.5 juta usahawan hingga melahirkan banyak testimoni kejayaan dan transformasi bisnes termasuk melahirkan usahawan jutawan. 

 

Usahawan yang menyertai kelas bimbingan bukan sahaja dalam negara, malah ada juga dari negara jiran, Indonesia, Singapura dan Brunei. Maka wujudlah permintaan supaya RichWorks mengadakan sesi seumpamanya di negara masing-masing. Dan peluang pertama datang dari Indonesia.

 

“Saya cari menteri yang sedia bekerjasama, yang boleh memberi nilai. Kita tidak libatkan pelaburan duit langsung, sebaliknya melabur dari segi hubungan niaga.

 

“Melabur untuk buktikan kejayaan, melabur untuk cipta hasil. Mungkin untuk setahun ini, kita perlu banyak melabur bagi menghasilkan keputusan yang kita mahukan iaitu melahirkan usahawan Indonesia bertaraf jutawan.

 

“Kita akan hasilkan metodologi untuk melakukannya dengan baik, yang akan mempercepatkan seluruh Indonesia mendapat pengetahuan dengan pantas.

 

“Insya-Allah tempoh tiga hingga 10 tahun ke depan, kita sudah ada perancangan untuk menakluk keseluruhan Indonesia dengan usaha kita menerusi RichWorks,’’ jelas Dr. Azizan.

 

richworks
Dr Azizan Osman bersama Dr Sandiaga Uno di Jakarta pada Jun 2022.

 

Sokongan Dr Sandiaga Uno

Sesi pertama RichWorks dari pagi hingga petang pada 30 Julai lalu, direalisasikan hasil kerjasama strategik bersama syarikat sekutu, RichWorks International Indonesia dan Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif (KEMENPAREKRAF) di mana sekitar 30 juta usahawan berdaftar di bawahnya.

 

RichWorks Indonesia merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat RichWorks Internasional tetapi berstatus autonomi dengan model dan struktur serta strategi yang berbeza.

 

Sokongan dan pengiktirafan diberikan kepada RichWorks daripada Menterinya,  Dr Sandiaga Uno yang cukup yakin dengan kepakaran RichWorks dalam membimbing bangsa usahawan sejak 2008.

 

Kerjasama bersama Kemenparekraf itu juga menjadi satu titik tolak perubahan sejarah hubungan Malaysia-Indonesia terutama dari segi penyatuan ekonomi dan kebangkitan nusantara. 

 

Semasa acara tersebut juga, Dr Sandiaga secara live bersama Azizan dan peserta-peserta menyambut baik kerjasama RichWorks dalam berkongsikan kepakaran membina usahawan dari zero to hero

 

RichWorks dilihat berupaya membantu usahawan mengembangkan bisnes. 

 

richworks

 

"Belajar daripada kisah saya dipecat pekerjaan ketika krisis kewangan melanda Indonesia pada 1998. 

 

"Kemudian saya harus mengambil langkah untuk bangkit dengan memulakan bisnes sendiri bersama sahabat. 

 

"Dimulakan dengan tiga staf dan hingga saat ini sudah mencapai 30,000 staf.

 

"Sebagai usahawan, kita juga harus memiliki semangat kerja 4AS, iaitu Kerja Keras, Kerja Cerdas, Kerja Tuntas, dan yang tidak kalah penting adalah Kerja Ikhlas," kata Dr Sandiaga.

 

Beliau menyokong kerjasama RichWorks yang disifatkan boleh membantu rakyat Indonesia dengan peluang 4.4 juta peluang pekerjaan pada 2025.

 

Mengapa ambil masa sedekad buat persediaan?

Persoalan penting mengenai persediaan di sini ialah adakah kita benar-benar sudah mempersiapkan diri untuk mengambil peluang dan jika sudah bersedia adakah anda betul-betul mengambil peluang itu?

 

Kejayaan bertapak di Indonesia tidak akan dapat direalisasikan tanpa ada persediaan di pihak Dr Azizan sendiri dan juga RichWorks.

 

“Persediaan adalah aspek yang sangat penting dalam berdepan apa saja perkara malah cabaran.

 

“Ia kunci kepada banyak perkara. Kadang-kadang kita tak dapat sesuatu perkara itu bukan disebabkan tidak boleh tetapi mungkin belum lagi bersedia.

 

“Sebab itu, kena persiapkan diri anda. Umpama nak menjawab peperiksaan, sekiranya kita bersedia lebih mudah untuk menjawabnya dan sebaliknya,” kata Dr Azizan.

 

richworks

 

Perakuan Indonesia

Ketika Dr Azizan `dicemuh’ oleh segelintir orang Malaysia sendiri – yang lebih disebabkan kurangnya kefahaman mengenai apa sebenar model perniagaan RichWorks sebagai agensi pembimbing usahawan yang tidak menjual produk seperti MLM atau piramid, kejayaan memasuki pasaran Indonesia adalah testimoni yang cukup kuat untuk menutup cemuhan seumpamanya.

 

Faktanya, walaupun berdepan tekanan berikutan Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) akibat pandemik COVID-19, seramai 1,885 usahawan yang dibimbing syarikat RichWorks tetap berjaya merekodkan jualan terkumpul sebanyak RM3.7 bilion sepanjang tempoh 2021.

 

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3.21 bilion jualan dihasilkan oleh usahawan yang dibimbing melalui program eksklusif Titanium manakala usahawan-usahawan program Spire dan Elite-X masing-masing merekodkan jualan RM495 juta dan RM46.9 juta.

 

Usahawan yang dibimbing secara intensif melalui program Titanium merekodkan jualan RM2.27 bilion pada 2020 berbanding hanya RM901 juta pada 2019.

 

'Peningkatan jualan usahawan Titanium dari 2020 ke 2021 adalah sebanyak 41%.

 

richworks

 

Kesemua jualan Titanium sepanjang 2021 membabitkan 312 usahawan bersamaan 268 bisnes. Daripada jumlah itu, 85% atau 227 bisnes usahawan Titanium merekodkan peningkatan jualan berbanding tahun sebelumnya.

 

Cubalah sertai sesi-sesi bimbingan anjuran RichWorks supaya dapat mempelajari dan menyelidik sendiri apa yang ditawarkan, sekali pun tidak apa agar tidak terpengaruh dengan ayat pencemuh semata-mata. - DagangNews.com

 

 

Johardy Ibrahim adalah Editor DagangNews.com dengan 30 tahun pengalaman dalam kewartawanan. Merrepak adalah kolum pojok beliau setiap minggu - pertama kali diperkenalkan di Mingguan Malaysia pada 2009 yang menyentuh mengenai apa sahaja isu mencuit jiwa minda seminggu ini atau yang menyebabkannya mendengar lagu With or Without You oleh U2 berulang-ulang kali.