Skip to main content

Diskaun 90% kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut sehingga 31 Okt - SSM

KUALA LUMPUR 1 Julai - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melanjutkan insentif pengurangan kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 bermula hari ini sehingga 31 Oktober 2022.

 

SSM berkata di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun bagi semua kompaun yang telah ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965.

 

Sebelum ini, insentif tersebut telah dilaksanakan selama empat bulan bermula 1 Mac, 2022 dan tamat pada 30 Jun 2022, kata SSM dalam satu kenyataan,. 

 

Semakan status kompaun boleh dilakukan melalui emel ke ar_compliance@ssm.com.my atau hadir di mana-mana pejabat SSM di seluruh Malaysia. - DagangNews.com