#DIRECTBANTU tawar ganjaran tanpa had bermula daripada RM200 | DagangNews Skip to main content

#DIRECTBANTU tawar ganjaran tanpa had bermula daripada RM200

Hui Yik Seong

 

 

KUALA LUMPUR, 20 Okt. – Sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian, Direct Lending bakal melancarkan Program Rujukan #DIRECTBANTU bagi meringankan beban kewangan rakyat Malaysia menerusi satu sistem ganjaran terbaik.

Menerusi program rujukan khas ini, para peminjam dan referral affiliate berpeluang menikmati proses pinjaman wang yang lebih selamat, mudah diakses dan mampu mengikut keperluan kewangan masing-masing.

Menurut Pengarah dan Pengasas Direct Lending Sdn Bhd, Hui Yik Seong, program #DIRECTBANTU bertujuan membantu rakyat Malaysia yang terbeban dari segi kewangan semenjak penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negara baru-baru ini.

“Menariknya, dengan hanya menjadi referral affiliate untuk program #DIRECTBANTU, anda boleh menikmati ganjaran sebanyak RM200 bagi setiap rujukan yang berjaya,” jelas Hui dalam satu kenyataan hari ini.

 

#DIRECTBANTU

 

Beliau menambah, jumlah ganjaran akan bertambah mengikut pertambahan bilangan pemohon pinjaman yang dicadangkan kepada program #DIRECTBANTU.

Disokong oleh Dana CIP300 Kumpulan Cradle Fund Sdn Bhd, inisiatif #DIRECTBANTU merupakan sebuah usaha progresif yang mewujudkan peluang kepada rakyat Malaysia sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB.  

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas, tempoh pendaftaran untuk menjadi referral affiliate program rujukan #DIRECTBANTU akan bermula 21 sehingga 26 Oktober ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Direct Lending di www.directlending.com.my/direct-bantu. – DagangNews.com