#DIRECTBANTU+ ringankan beban kewangan rakyat sepanjang 'lockdown' | DagangNews Skip to main content

#DIRECTBANTU+ ringankan beban kewangan rakyat sepanjang 'lockdown'

Direct Lending

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 3 Jun - Platform pinjaman peribadi dalam talian, Direct Lending melancarkan program usaha sama tanggungjawab sosial korporat susulannya yang diberi nama #DIRECTBANTU+.

 

Program yang berlangsung sepanjang Jun 2021 itu dilancarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat Malaysia dalam tempoh PKP Penuh yang diumumkan baru-baru ini.

 

Berikut adalah inisiatif program tanggungjawab sosial korporat yang akan memperkasa ekonomi rakyat;

  1. Rebat tunai istimewa sehingga RM700 untuk semua pelanggan.
  2. Program rujukan – peluang untuk meraih ganjaran sebanyak RM1,000 bagi setiap 3 rujukan yang berjaya.
  3. Belajar dan meneroka peluang-peluang pendapatan baharu (menerusi peluang kerja sambilan dan e-Dagang) dengan rakan-rakan kongsi #DIRECTBANTU+ seperti AVANA, GoGet, SaltyCustoms dan XOX Berhad (yang bekerjasama dengan Emicro Capital Sdn Bhd).

 

.

 

Pengasas dan Pengarah Direct Lending Sdn. Bhd., Hui Yik Seong berkata, pihaknya berharap cara berkenaan akan membantu meringankan komitmen pembiayaan golongan B40 pada masa sekarang.

 

"Selain itu, kami juga ingin mengangkat semangat ‘#KitaJagaKita’, membolehkan orang ramai untuk membantu sesama mereka dengan memperkenalkan kaedah pembiayaan yang boleh dipercayai ini kepada kawan-kawan, anggota keluarga mahupun rakan sekerja mereka.

 

"Seorang perujuk akan mendapat RM250 bagi setiap rujukan yang berjaya, dan RM1,000 bagi 3 rujukan pinjaman terkumpul daripada penjawat awam,” katanya.

 

.

 

Inisiatif berkenaan dirancakkan dengan kerjasama  AVANA, GoGet, Kiddocare, Yeefu by SaltyCustoms dan XOX Berhad.

 

Kesemua platform berkenaan akan menawarkan peluang pendapatan kepada golongan yang cekal dan rajin bekerja menerusi penglibatan dalam e-dagang, ekonomi jangka pendek dan sektor penghantaran kilometer terakhir yang akan berkembang maju semasa dan selepas tempoh PKP.

 

Tambah Yik, selain kekal di rumah, rakyat Malaysia yang rajin boleh menukar tempoh krisis itu kepada satu peluang dengan mempelajari kemahiran baharu dan turut serta dalam ekonomi baharu untuk terus bertahan dan berkembang maju dalam norma baharu.  - DagangNews.com