XOX, Darulaman Football Club bekerjasama dalam aktiviti komersial termasuk pemasaran sukan | DagangNews Skip to main content

XOX, Darulaman Football Club bekerjasama dalam aktiviti komersial termasuk pemasaran sukan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Feb - XOX Berhad menerusi anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn. Bhd. memeterai perjanjian bagi meneroka kerjasama dengan Darulaman Football Club Sdn. Bhd.

 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat telekomunikasi itu berkata, jalinan kerjasama itu melibatkan aktiviti komersial termasuk pemasaran sukan dan pengurusan.

 

Darulaman Football Club merupakan pemilik kepada kelab bola sepak Kedah Darul Aman, kelab profesional yang mewakili negeri itu dalam saingan bola sepak Malaysia.

 

"Kerjasama itu bermula pada 18 Februari 2023 dan akan terus berkuat kuasa melainkan ia ditamatkan oleh mana-mana pihak secara bertulis dan dimaklumkan kepada pihak yang terjejas," katanya.

 

Perjanjian itu tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama kumpulan itu.

 

BACA JUGA: XOX, Negeri Sembilan Football Club Sdn. Bhd. teroka kerjasama dalam aktiviti komersial dan pemasaran

 

Kerjasama itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan segera yang ketara ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan penggearan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2023.

 

Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama syarikat dan/atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam perjanjian itu. - DagangNews.com