Untung suku kedua Power Root meningkat kepada RM15.62 juta | DagangNews Skip to main content

Untung suku kedua Power Root meningkat kepada RM15.62 juta

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

KUALA LUMPUR 22 Nov - Power Root Bhd. merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM15.62 juta bagi suku kedua berakhir 30 September 2022 daripada RM5.6 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya. 

 

Peningkatan itu didorong hasil dan keuntungan yang lebih tinggi daripada pertukaran asing pada suku semasa, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

 

Pendapatan pada suku berkenaan juga meningkat 59.4% kepada RM128.79 juta daripada RM80.8 juta berikutan hasil yang lebih tinggi daripada pasaran eksport dan domestik.

 

Bagi tempoh kumulatif enam bulan berakhir 30 September 2022, untung bersihnya meningkat kepada RM30.89 juta daripada RM7.61 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya dengan pendapatan meningkat 14.9% kepada RM240.87 juta daripada RM155.51 juta.

 

Menurut Power Root, pasaran tempatan dan eksport telah berkembang di sebalik persekitaran perniagaan yang mencabar dengan harga bahan mentah, kos operasi dan pengedaran yang lebih tinggi.

 

Katanya, kumpulan akan terus mencari peluang untuk mengembangkan pasaran eksport dan tempatan dengan menambahbaik rangkaian penawaran produk baharu.

 

"Selain itu, kami juga akan meningkatkan kualiti dan citarasa produk serta terus menambah baik kecekapan operasi seperti kilang, jualan dan pemasaran," katanya. -DagangNews.com