Untung sebelum cukai Bintai Kinden menyusut 20.9% kepada RM193,000 bagi 2QFY23 | DagangNews Skip to main content

Untung sebelum cukai Bintai Kinden menyusut 20.9% kepada RM193,000 bagi 2QFY23

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Nov - Keuntungan sebelum cukai (PBT) Bintai Kinden Corporation Berhad menyusut sebanyak 20.9% kepada RM193,000 berbanding RM244,000 bagi 2QFY23 kesan daripada kos yang tinggi.

 

Margin keuntungan kasar untuk 2QFY23 berada pada paras 15.35% berbanding 43.06%  pada 2QFY22 selepas mengambil kira sumbangan mengikut susunan variasi projek yang telah siap bagi perniagaan kejuruteraan mekanikal dan elektrik (M&E).

 

"Kumpulan itu bagaimanapun merekodkan peningkatan hasil sebanyak 136.5% kepada RM40.56 juta bagi 3QFY23 berbanding RM17.14 juta pada suku sama tahun lalu disebabkan sumbangan lebih tinggi daripada projek M&E yang pulih daripada kesan negatif pandemik COVID-19.

 

"Kumppulan itu mencatatkan peningkatan sebanyak 142.94% dalam hasil sebanyak RM71.44 juta bagi 1HFY23 berbanding RM29.41 juta dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelumnya.  

 

"PBT untuk 1HFY22 merosot kepada RM1.16 juta berbanding RM1.50 juta yang dilaporkan pada 1HFY22," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Pengarah Eksekutif Bintai Kinden, Azri Azerai berkata, pihaknya menganggap pertumbuhan berterusan dalam aktiviti ekonomi selepas dua tahun sekatan sebagai petanda positif untuk lebih banyak peluang dalam perkhidmatan kejuruteraan M&E di Malaysia dan Asia Tenggara.

 

Beliau berkata, pertumbuhan hasil itu adalah bukti pemulihan berterusan kumpulan kerana pihaknya menilai risiko dan peluang untuk berkembang sebagai konglomerat pelaburan dengan mengambil kepentingan dalam perniagaan unik yang berpotensi besar.

 

"Kami mempelbagaikan penyediaan perkhidmatan telekomunikasi kepada pusat penjagaan kesihatan melalui usaha niaga strategik di bawah anak syarikat tidak langsung kami, Johnson Medical International Sdn Bhd (JMI) yang kami umumkan pada awal November 2022.  

 

"Kami juga memanfaatkan penyelesaian penjagaan kesihatan JMI dan kepakaran sistem sokongan perubatan untuk meneroka Asia Barat yang merupakan pasaran yang semakin berkembang melalui 51% milik Bintai Energy Sdn.  Bhd., kami dalam perkongsian mengedarkan bebibir dan produk paip lain yang berkaitan di Indonesia untuk projek minyak dan gas," katanya. - DagangNews.com