UiTM Solar Power yakin penuhi obligasi kewangan susulan stesen janakuasa solar kembali beroperasi | DagangNews Skip to main content

UiTM Solar Power yakin penuhi obligasi kewangan susulan stesen janakuasa solar kembali beroperasi

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 5 Dis - UiTM Solar Power Sdn Bhd (USP), sebuah anak syarikat UiTM Holdings Sdn Bhd (UHSB), yakin dapat memenuhi kewajipan kewangan akan datang susulan pemberhentian operasi selama 7 bulan disebabkan kerosakan peralatan dari November 2021 hingga Jun 2022.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UHSB, Muhammad Mubarak Ishak berkata, USP yang memiliki dan mengendalikan stesen janakuasa solar berskala besar (LSSPV) di Gambang, Pahang yang dikenali sebagai UiTM Solar Park I (USP I) itu boleh memenuhi semua obligasi kewangan yang akan datang sejak USP I beroperasi tanpa isu utama ekoran pengoperasian semula dan USP I telah menjana pendapatan sejak Jun 2022. 

 

"Dengan tawaran penyelesaian insurans yang dijangka pada Disember 2022, USP yakin dapat mencapai keuntungan sukuk dan pembayaran balik prinsipal yang dijadualkan pada April 2023 tanpa sebarang masalah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Mubarak berkata, USP juga yakin akan menerima tawaran penyelesaian akhir (daripada tuntutan yang berkaitan dengan GIS dan kerosakan transformer) sehingga dasar sub-had pada separuh kedua Disember 2022. 

 

Katanya, ia memakan masa yang panjang di antara pemfailan dan penyelesaian tuntutan insurans USP memandangkan saiz tuntutan yang sangat besar dan kerumitan penyiasatan.

 

Terdahulu, beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan MARC Ratings Berhad baru-baru ini yang telah mengalihkan
penarafan Sukuk Hijau SRI USP daripada penempatan MARCWatch Negatif serta menurunkan penarafan kepada AA+IS daripada AA-IS dengan pandangan negatif. 

 

Pada masa ini, Sukuk Hijau SRI USP yang tertunggak ialah RM192.3 juta.

 

 

uitm

 

 

uitm

 

 

Pada Januari 2022, MARC telah menetapkan penarafan AA-IS untuk Sukuk Hijau SRI USP di bawah MARCWatch Negatif selepas stesen janakuasa solar tersebut tidak beroperasi pada November 2021 disebabkan kerosakan yang tidak dijangka pada alat suis penebat gasnya serta pengubah kuasa.

 

Menurut MARC, penurunan taraf USP mencerminkan kedudukan kecairan USP yang lemah berikutan penutupan stesen yang berpanjangan serta pampasan insurans berkaitan dengan kerosakan alat suis penebat (GIS) dan transformer masih belum selesai setakat ini. 

 

Prospek negatif MARC ini mengambil kira situasi kecairan tipis UiTM Solar serta kebergantungannya kepada aliran tunai operasi yang sihat secara konsisten daripada stesen janakauasa solar untuk memenuhi modal kerja dan obligasi kewangan.

 

 

uitm

 

 

Bagaimanapun, MARC menyatakan bahawa USP I berjaya merekodkan prestasi operasi yang sebahagian besarnya sejajar dengan unjuran, sejak pengoperasian semula pada kapasiti penuh pada pertengahan Ogos 2022 dengan purata ketersediaan sebanyak 99.1% sehingga akhir Oktober 2022.


Sehingga kini, USP telah menerima tawaran penyelesaian interim sebanyak 10% daripada anggaran tuntutan kerosakan material.

 

Ini menunjukkan kerosakan peralatan disebabkan oleh faktor luaran yang tidak dijangka dan bukan disebabkan oleh operasi dan penyelenggaraan yang tidak mencukupi atau tidak mengikut piawaian.

 

MARC telah mengumumkan bahawa ia akan terus memantau perkembangan dan mengambil tindakan penarafan yang sesuai apabila perlu.

 

Prospek penarafan akan disemak semula kestabilannya jika USP I terus menunjukkan prestasi operasi sejajar dengan unjuran P90 dan mengukuhkan kecairan sementara. - DagangNews.com