Tune Protect tawar penyelesaian perniagaan bagi jana pertumbuhan sektor insurtech | DagangNews Skip to main content

Tune Protect tawar penyelesaian perniagaan bagi jana pertumbuhan sektor insurtech

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 8 Dis - Tune Protect Group Berhad menampilkan 'Tech-Focused Corporate Day', teknologi API yang dibangunkan secara dalaman menjadi pemangkin kepada perkembangan kumpulan bersama dengan rakan kongsi perniagaan terutamanya daripada segi polisi digital yang berjaya menjana 11 juta polisi setahun.

 

Menampilkan White Label Sdn Bhd, ia adalah cabang teknologi kumpulan yang merupakan penjana penyelesaian untuk rakan niaga afiniti, produk, pengedaran dan perkongsian. 

 

White Label merupakan satu lagi perkhidmatan Tune Protect, menjadikannya penanggung insurans bersepadu vertikal yang boleh menawarkan bukan sahaja cadangan produk am, hayat dan reinsurans kepada pasaran, tetapi juga perkhidmatan teknologi. 

 

Acara yang bertemakan “Embedded Insurance, Simplified by Tech” ini telah mengetengahkan bukti penerimaan penyelesaian yang diterajui API oleh rakan kongsi mereka seperti Qoala Malaysia, Baoviet Insurance, dan EcoWorld. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect, Rohit Nambiar berkata, kumpulan memanfaatkan trend teknologi sebagai salah satu strategi utama dalam evolusi cabangan teknologi, White Label sebagai pusat keuntungan. 

 

Katanya, melalui White Label, mereka memudahkan penggunaan teknologi syarikat bagi menyediakan pengalaman terbaik kepada pengguna dan supaya rakan kongsi menerima kemudahan yang sama seperti pelanggan mereka. 

 

"White Label menawarkan teknologi inovatif yang terbukti mampu memangkin pertumbuhan perniagaan kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

tune
(Dari kiri) Rohit Nambiar, Ketua Pegawai Perkongsian dan E-dagang Tune Protect, Janet Chin dan Prasanta Roy

 

 

Ketua Pegawai Teknologi Tune Protect, Prasanta Roy berkata, 'technology stack' dan perisian dibina secara sumber terbuka membantu rakan kongsi dan entiti kumpulan serantau untuk membangunkan produk lebih pantas untuk pengedaran melalui pelbagai saluran. 

 

"Mereka kini dapat membangunkan produk dengan lebih pantas dan edarkan secara digital tanpa memerlukan transformasi sistem teras secara besar-besaran yang akan memakan kos dan masa yang banyak. 

 

"Risiko ini dibendung secara keseluruhan dan disambungkan dengan pelbagai rakan kongsi lain atau kepada pasaran melalui REST API," katanya.

 

 

tune

 

 

Tune Protect menyatakan komitmen memberikan layanan terbaik kepada pelanggan runcit dan individu melalui janji 3:3:3, yang mana insurans boleh dibeli dalam masa 3 minit, menerima respons dalam masa 3 jam dan menerima tuntutan dalam masa 3 hari sahaja.

 

Melalui peneraju digital ini, kumpulan berjaya meningkatkan bilangan polisi digital yang dikeluarkan sebanyak 21.6% sehingga 7.2 juta dalam 9M22 berbanding dengan 6 juta pada tempoh masa sama tahun lepas. - DagangNews.com