Rakuten Trade optimis terhadap prospek T7 Global, kekal saranan 'beli' TP 54 sen | DagangNews Skip to main content

Rakuten Trade optimis terhadap prospek T7 Global, kekal saranan 'beli' TP 54 sen

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Feb - Rakuten Trade mengekalkan saranan 'beli' terhadap T7 Global Berhad dengan harga sasaran (TP) 54 sen sesaham.

 

Firma itu berkata, saranan itu dibuat berdasarkan Unit Pengeluaran Luar Pesisir Mudah Alih (MOPU) Bayan dan pajakan MOPU Nong Yao Thailand membentuk 50% daripada tempahan kumpulan dan selebihnya datang daripada Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan, Operasi & Penyelenggaraan (O&M), Perkhidmatan Telaga Bersepadu (IWS) dan Perkhidmatan Pembinaan Luar Pesisir (OCS) dan infrastruktur Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) di KLIA.

 

Katanya, projek MOPU yang dianugerahkan oleh Petronas Carigali pada 2020, telah siap dan akan mula menyumbang kepada pendapatan pada 1QFY23.

 

Katanya, MOPU Nong Yao Thailand dari Busrakham G11 pada akhir 2022 telah memulakan pembinaan dan dijangka siap serta menyumbang mulai 4QFY23 dan seterusnya.

 

"Kumpulan itu juga mengumumkan dua kemenangan kontrak bernilai kira-kira RM100 juta pada Januari 2023 untuk penyediaan perkhidmatan mencari pekerja  serta perkhidmatan penyahtauliahan kemudahan.

 

"Kumpulan juga sedang berusaha mendapatkan lebih banyak penyelesaian MOPU di Malaysia dan rantau Asia Tenggara," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu memiliki kemudahan Aeroangkasa di Serendah dan kilang itu beroperasi pada kadar 30% penggunaan, namun pengurusan melihat peningkatan aktiviti dalam pengubahsuaian dan pembinaan pesawat.

 

"Kumpulan itu dalam konsortium dengan Siemens Logistics Pte Ltd telah memenangi kontrak untuk menaik taraf BHS di Terminal 1, KLIA.

 

"Projek ini terdiri daripada reka bentuk, pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan BHS yang canggih. Ini membolehkan kumpulan mengambil bahagian dalam projek serupa di peringkat antarabangsa," katanya. - DagangNews.com