PM beramah mesra dengan mahasiswa sempena Idea Bina Negara 2022 | DagangNews.com Skip to main content

PM beramah mesra dengan mahasiswa sempena Idea Bina Negara 2022

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama mahasiswa selepas meramikan program Idea Bina Negara 2022 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam pada 4 Oktober 2022. - Gambar Facebook PMO

SHAH ALAM 4 Okt -  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa beramah mesra bersama mahasiswa sempena program perasmian Idea Bina Negara (IBN) 2022 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini. 

 

Ismail Sabri yang tiba kira-kira 12.15 tengah hari di tapak karnival bertempat di Padang Kawad UiTM disambut meriah dengan sorakan lebih 500 mahasiswa yang hadir selain ramai yang mengambil kesempatan bergambar bersama Perdana Menteri.

 

Terdahulu, majlis perasmian IBN 2022 disempurnakan Perdana Menteri diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor universiti itu.

 

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.

 

Perdana Menteri turut meluangkan masa lebih sejam di karnival yang penuh dengan pelbagai program dan aktiviti menarik diadakan bermula 8 pagi tadi dan dijangka tamat 11 malam nanti, Bernama melaporkan.

 

Antara program yang dianjurkan sempena karnival sehari itu ialah Ekspo Anak Muda; Pameran Inisiatif Strategik; Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia; persembahan Anak Muda Keluarga Malaysia dan cabutan bertuah.

 

 

pm

 

 

pm

 

 

Beliau turut berkesempatan merasmikan Program Pemeriksaan dan Sumbangan Cermin Mata ketika sesi jamuan makan dan beramah mesra dengan mahasiswa sebelum bergerak pulang. 

 

 

pm

 

 

Sebelum itu, Ismail Sabri merasmikan IBN iaitu sebuah platform digital yang membolehkan golongan belia mengemukakan idea dan inspirasi ke arah pembangunan negara telah menerima lebih 12,000 pandangan daripada anak muda dari seluruh negara. - DagangNews.com