PLUS naik taraf tandas awam di Hentian Sebelah Simpang Pulai Arah Utara mulai 28 November 2022 | DagangNews Skip to main content

PLUS naik taraf tandas awam di Hentian Sebelah Simpang Pulai Arah Utara mulai 28 November 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 25 Nov - Kemudahan tandas awam di Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup selama 3 bulan mulai 28 November 2022 bagi memberi laluan kerja-kerja naik taraf dijalankan, dalam usaha memberi keselesaan kepada pengguna.

 

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan memaklumkan, pengguna dinasihatkan supaya menggunakan tandas awam yang disediakan di lokasi lain seperti R&R Tapah (Arah Utara) atau di R&R Sungai Perak (Arah Utara) atau di hentian sebelah plaza tol yang berdekatan. 

 

"Walau bagaimanapun, kemudahan tandas masih disediakan di stesen minyak di hentian sebelah terbabit," katanya.

 

Menurutnya, pelanggan juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS, selain mendapatkan maklumat trafik atau menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

 

 

plus

 

 

plus

 

 

"PLUS mengucapkan terima kasih kepada pelanggan lebuh raya di atas perhatian dan kerjasama yang diberikan," katanya. - DagangNews.com