PLUS aktifkan lencongan jalan susur masuk sementara di Persimpangan Bertingkat Juru Arah Utara | DagangNews Skip to main content

PLUS aktifkan lencongan jalan susur masuk sementara di Persimpangan Bertingkat Juru Arah Utara

Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 4 Okt - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan lencongan trafik dari jalan susur masuk ke arah Pulau Pinang-Alor Setar di Persimpangan Bertingkat Juru (Arah Utara) kepada semua kenderaan mulai pukul 12 tengah malam pada 6 Oktober sehingga 11 malam pada 13 November 2022.

 

PLUS dalam satu kenyataan memaklumkan, pengaktifan lencongan trafik itu bagi memberi laluan kerja-kerja menaik taraf kapasiti sistem perparitan sedia ada.

 

Menurutnya, PLUS sentiasa melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya di sepanjang rangkaian lebuh raya kendaliannya.

 

"Salah satu inisiatif yang dijalankan adalah dengan menaik taraf kapasiti sistem perparitan sedia ada yang termasuk dalam Rancangan Tebatan Banjir bersebelahan dengan lebuh raya kami beroperasi," katanya.

 

Justeru katanya, orang ramai yang melalui laluan tersebut dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini melalui aplikasi PLUS. 

 

"Mereka juga dinasihatkan supaya berhati-hati memandu, mematuhi had laju dan arahan papan tanda trafik ketika melalui kawasan terbabit.

 

 

plus

 

 

"PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pengguna lebuh raya sepanjang tempoh kerja menaik taraf dijalankan bagi menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua," katanya. - DagangNews.com