Platform ujian baharu dijangka mampu menyumbang pertumbuhan segmen automatif KESM | DagangNews Skip to main content

Platform ujian baharu dijangka mampu menyumbang pertumbuhan segmen automatif KESM

oleh HUDA HASSAN

KUALA LUMPUR 22 Mac - KESM Industries Bhd dijangka menyaksikan kadar penggunaan yang lebih baik untuk perniagaan automotifnya berikutan pensijilan platform ujian baharu untuk pelanggannya.

 

Kenanga Research melaporkan, KESM telah menyelesaikan perbelanjaan modal (capex) RM145 juta untuk peralatan baharu yang kini sedang dalam proses untuk mendapatkan sijil kelayakan.

 

Platform ujian baharu ini akan mengendalikan cip terkini yang berkaitan dengan sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) dan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) untuk kenderaan elektrik.

 

Menurut Kenanga, KESM menjangkakan kadar penggunaan akan meningkat kepada 705% pada 2024 daripada 50-55% semasa pada 2QFY23.

 

Bagaimanapun, KESM dijangka masih menghadapi masalah berikutan kenaikan kos elektrik sebanyak 5% berikutan kenaikan tarif bermula tahun 2023.

 

KESM juga menghadapi kelemahan volum pemuatan untuk perniagaan dalam segmen bukan automotif yang menyumbang kira-kira 30% kepada hasil kumpulan.

 

Sementara itu, susut nilai kumpulan itu dijangka meningkat daripada kira-kira RM9 juta kepada RM10-11 juta berikutan pemasangan peralatan baharu.

 

Kenanga berkata, perniagaan EMS KESM telah diperkecilkan ke tahap yang tidak mempunyai kaitan penting dengan operasinya.

 

Kumpulan itu akan menyerap tenaga kerja baharu iaitu seramai 1,900 orang yang dijangka dapat menampung operasi platform ujian baharu, walaupun masih terdapat overhead yang tidak dapat diserap sebanyak RM2-3 juta, disebabkan kemahiran semula pekerja yang berterusan daripada EMS ke segmen lain.

 

"Kami kini mengunjurkan kerugian bersih RM4.3 juta pada FY23F (daripada untung bersih RM1.2 juta) dan mengurangkan unjuran keuntungan bersih FY24F kami sebanyak 22%.

 

"Kami juga mengurangkan TP kami kepada RM8.24 (sebelum ini RM8.26) berdasarkan PBV FY24F yang tidak berubah sebanyak 1x," kata Kenanga dalam satu nota kajian.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan syor "prestasi pasaran" ke atas KESM, namun, kekal berhati-hati dalam tempoh terdekat kerana potensi risiko volum pemuatan suboptimum semasa tempoh peralihan.

 

Ia berkata positif termasuk kumpulan itu menjadi proksi kepada prospek menjanjikan semikonduktor automotif serta salah satu penyedia ujian dan pembakaran bebas terbesar di negara ini.

 

Ia juga mengalu-alukan kehadiran fizikal KESM di China untuk meningkatkan rancangan bercita-cita tinggi kerajaan untuk industri semikonduktor. - DagangNews.com