Peluang lawat kapal perang pada Hari Terbuka Armada TLDM Lumut mulai 29 Disember 2022 | DagangNews Skip to main content

Peluang lawat kapal perang pada Hari Terbuka Armada TLDM Lumut mulai 29 Disember 2022

Orang ramai juga berpeluang menaiki bot tentera TLDM bersempena Hari Terbuka Armada.
oleh ZAKI SALLEH

LUMUT 29 Dis - Orang ramai berpeluang melihat lebih dekat kapal-kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sempena Hari Terbuka Armada di Pangkalan TLDM Lumut.

 

Acara yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini juga boleh digunakan ibu bapa membawa anak-anak mengisi cuti persekolahan mereka.

 

Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dalam kenyataan memberitahu, pelbagai aktiviti yang dianjurkan pada hari itu juga bertujuan mendekatkan Navy People dengan masyarakat.

 

Menurut kenyataan tersebut, program bermula pukul 9 pagi hingga 7 malam dan masuk adalah percuma.


 

tldm
Orang ramai berpeluang melawat kapal-kapal kapal perang selain membeli cenderahati setiap kapal.

 


"Pengunjung boleh melawat kapal-kapal perang, melihat pameran aset udara, teknologi persenjataan, kawad senyap dan demonstrasi tempur Pasukan Khas Laut (Paskal).

 

"Turut diadakan ialah gerai jualan, restoran terapung dan 'sunset ceremony' yang merupakan sebahagian daripada tradisi tentera laut," ujar kenyataan itu.

 

Kali terakhir Hari Terbuka Armada diadakan ialah tiga tahun lalu sebelum berlakunya pandemik COVID-19.


 

tldm
Persembahan kawad senyap antara tarikan pada Hari Terbuka Armada.

 


Hari Terbuka Armada juga antara program dinanti-nantikan yang mana ia telah menarik kunjungan sekitar 60,000 pengunjung.

 

Ini termasuklah mereka yang datang dari luar Perak sehingga Lembah Klang dan Pulau Pinang. - DagangNews.com